Rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz rupanya diduga sekali lagi pada tahun ini.
Namun kali ini, ianya terjadi kerana ada gangguan yang ditempuhi mereka berdua.
Menerusi satu pendedahan, Bella Astillah bercerita dirinya dan juga Aliff Aziz telah terkena ilmu hitam atau sihir pemisah yang dikatakan dihantar oleh seorang wanita.
Ekoran itu, sejak sebulan yang lalu, memang hubungan antara Aliff Aziz dan Bella Astillah sedang bergolak.
“Berat saya nak bercerita. Hubungan saya dengan Aliff jadi tak okey mula satu bulan yang lepas kerana hal ini.”
“Kata ustaz yang merawat, apa yang dialami kami ini merupakan sihir pemisah rumah tangga.”
“Apapun syukur alhamdulillah, memang dah ada perubahan selepas kami berdua pergi berubat.”
Bella Astillah turut ada bercerita sedikit tentang apa yang terjadi sejak dihantar ilmu hitam berkenaan.
“Aliff memang mimpi yang bukan-bukan. Memang banyak mimpi dia yang pelik.”
“Macam saya cakap sebelum ni, saya ada mimpi ular. Tetapi sebenanrya Aliff mimpi lagilah buruk. Bayangkan Aliff mimpi saya bawa balik lelaki lain masuk dalam rumah. Aliff juga mimpi saya bergaduh dengan lembaga hitam.”
“Anak saya bernama Ara pun memang kena, dia asyik menangis saja tiap-tiap malam. Bawa klinik memang dia sihat.”
Bella berkata kini semua itu dah pun berakhir, dan dia serta Aliff mahu perbaiki diri dan menguatkan lagi ikatakan perkahwinan mereka.
“Episod hitam ini dah berakhir, saya dan Aliff kini nak baiki diri masing-masing. Mungkin ada kekhilafan saya juga.”
“Terima kasih kepada Aliff sebab dia sentiasa ada di sisi. Dia pun okey nak pergi berubat sebab dia pun dapat rasa perubahan dirinya. Aliff cakap kita tak boleh mengalah, kita kena kuat untuk pertahan perkahwinan kami.”
Tentang individu yang menghantar ilmu berkenaan, Bella Astillah memilih untuk tak ambil tahu siapakah individu berkenaan.
“Siapa buat tu semua, Bella tak nak tahu lah. Sebab ramai pun yang cakap, kalau boleh, tak payahlah nak cari siapa buat tu. Ianya bahaya.”
“Bella pun sekarang ni memang ada rasa takut-takut dan mengganggu kerjaya.”
Bella Astillah dan Aliff Aziz akan lebih berhati-hati untuk muatnaik foto terutama melibatkan kemesraan bersama dan juga family.
Katanya, mungkin terlalu banyak moment yang dimuatnaik boleh membuatkan orang lain rasa tak selesa atau pun iri hati.
Semoga Bella Astillah dan Aliff Aziz akan terus kuat berjuang mempertahankan rumah tangga yang dibina.