Ketika hadir di Singapura untuk satu ekspo, pelakon Zarina Zainuddin, 52 tahun, ada membuat video sepanjang berada di event di sana.
Namun begitu, banyak wargamaya perasan ada sedikit perubahan di bahagian hiduung Zarina Zainuddin.
Ini membuatkan pelbagai komen yang telah dilemparkan kepada pelakon ini, yang mana rata-rata bertanya sama ada Zarina ada buat hidungnya.
Ramai yang terus mempersoalkan kenapa perlu nak buat hidung. Ada yang menulis bahawa hidungnya dah lawa dan tak perlu nak buat lagi dah.
Ini antara komen netizen:
“Mengapa nampak lain sangat. Yang lama dah cantik dah. Suara pun jadi lain dah.”
“Muka nampak pelik. Dah lain dah, yang asal dulu lagi cantik.”
Melihat pelbagai komen dari warga maya tentang perubahan wajahnya, Zarina Zainuddin tampil memberi jawapan.
Zarina Zainuddin ternyata kurang gemar komen yang mengatakan dia ada buat hidung, tanpa tahu hal sebenar.
Pelakon ini kemudian menjelaskan mengapa perubahan pada hidungnya terjadi.
“Saya ada baca banyak komen. Untuk yang tak kenali, saya ada isu pada sinus yang teruk dan juga migrain.”
“Sampai satu tahap tu saya rasa mahu je buka tudung kerana sakit sangat bahagian kepala. Ada masanya sampai rasa hendak menghentuk kepala pada dinding.”
“Saya pergi ke doktor dan buat pembedahan untuk mengeluarkan bendalir dibawah mata saya. Anda boleh nampak kesannya, ingat saya sengaja nak hidung saya jadi macam ni.”
Zarina berkata lagi, hidung lamanya dulu memang dah cantik dah, namun ekoran ada isu sinus ini, dia terganggu, terutama kesakitan di kepala.
“Saya buat pembedahan sebab ada masalah kesihatan. Untuk yang tak tahu tu, jangan sesuka hati nak tulis komen.”
“Minta kepada warga maya yang tulis komen tak betul ni jumpa saya dan mohon maaf sebelum meninggal dunia. Nanti kena merangkak cari saya di akhirat kelak.”
“Ingat saya nak hidung macam ni ke.”
Sementara itu, Zarina Zainuddin menambah, anaknya Azal turut alami masalah hidung sepertinya tetapi anaknya itu hanya bergantung kepada ubatan saja.