“Ayahnya dirampas perempuan kejam” Datin Patimah, ibu Syamsul Yusof

4,938 views

Benar-benar hatinya sudah terluka dan terkesan, itulah yang boleh disimpulkan ke atas Datin Patimah, ibu kepada Syamsul Yusof, 38 tahun. 

Apa yang berlaku kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah ternyata masih lagi belum dapat menerimanya. 

Yang latest, isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini sekali lagi muatnaik satu entry di laman Instagram miliknya. 

Dari instastory, Datin Patimah telah muatnaik foto dua orang cucunya, anak-anak kepada Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana. 

Di gambar itu, Datin Patimah menulis cucu-cucunya itu telah kehilangan figura seorang ayah kerana telah dirampas oleh wanita lain. 

Kata-kata dari Datin Patimah itu memang agak keras bunyinya tetapi mungkin itu rasa hati yang dah lama terbuku dalam dirinya. 

Datin Patimah dah tak tertahan nak menanggung rasa kecewa, apatah lagi Puteri Sarah akan mengambil tindakan naik mahkamah untuk failkan perpisahan dengan Syamsul Yusof pada minggu depan. 

Ini gambar serta kata yang diungkapkan oleh ibu Syamsul Yusof ini. 

Sebelum ini, sudah beberapa kali Datin Patimah menulis rasa kurang senang dengan perkahwinan kedua Syamsul Yusof dengan Ira Kazar. 

Antaranya, Datin Patimah mengatakan dia tak merestui perkahwinan Syamsul Yusof dan Ira yang dilaksanakan di Thailand. 

Selain itu, Datin Patimah juga pernah menulis dia tak akan memaafkan keluarga Kazar, kerana membantu Syamsul Yusof untuk bernikah di negara jiran. 

Datin Patimah dilihat telah memberi sokongan kepada menantunya iaitu Puteri Sarah. 

Sehingga kini, Syamsul Yusof dilihat telah kembali bekerja di set penggambaran filem terbarunya manakala Puteri Sarah pula sedang bekerja menjalani penggambaran sebuah drama. 

Puteri Sarah akan pulang ke ibu kota selepas habis bekerja dan dijangka meneruskan hasratnya untuk membuat tuntutan berpisah dengan Syamsul Yusof di mahkamah.