“Jante tak kenal bare ni, kufur nikmat jante ni” Dato Seri Vida ngamuk dengan Syamsul Yusof

1,520 views

Semasa hadir ke konsert Cakra Khan, usahawan, Dato Seri Vida telah bertemu dengan pelakon Puteri Sarah Liyana. 

Seperti biasa, apabila bertemu dengan seseorang, ahli perniagaan terkenal ini akan selalu saja buat video untuk content media sosial miliknya. 

Kali ini, semasa bertemu dengan isteri kepada Syamsul Yusof ini, Dato Vida juga tak ketinggalan untuk merakam video. 

Ketika berjumpa dengan Puteri Sarah, Dato Seri Vida telah memuji kecantikkan pelakon berkenaan dan melahirkan rasa hatinya yang kurang senang dan tak puas hati dikatakan dengan suami kepada Puteri Sarah. 

Vida dilihat seakan berkata kepada Syamsul Yusof bahawa dia ternyata tak hargai Puteri Sarah. 

Antara ayatnya yang diungkapkan ialah bunyi seperti ini: “Hello, comel ni weh. Ni memang tak kenal barang ni, jantan tak kenal barang. Saya pula yang tumpang rasa sakit hati ni.” 

“Memang jante tak kenal bare ni, kufur nikmat.” 

Dari caption yang ditulis oleh Vida, dia mengatakan memang tak dapat nak menanah dirinya apabila bertemu dengan Puteri Sarah. 

Jelasnya, dia juga pernah merasai kekecewaan semasa berkahwin sebelum ini. 

“Saya ni sebagai prang perempuan yang turut pernah melalui kekecewaan yang amat dahsyat seperti ni, memang lah tidak boleh nak tahan rasa kemarahan dan rasa skit hati yang amat membuak.” 

“Memang kesian pada Puteri Sarah ni cuba nak sembunyikan kesedihannya, kepedihan hatinya.” 

Diruangan komen, ramai kaum hawa yang dilihat bersetuju dengan Dato Seri Vida dan puas hati melihat ahli perniagaan berkenaan melabel Syamsul Yusof sebagai seorang yang tak kenal bare dan juga kufuri nikmat. 

Sehingga kini video yang dimuatnaik oleh Dato Sri Vida ini sudah ditonton sebanyak lebih seratus ribu kali di laman media sosial miliknya.