“Betul ke ayah dah kahwin lain, kenapa ayah ada orang lain” Puteri Sarah terkejut anak tanya

2,863 views

Puteri Sarah Liyana terkesima setelah anak sulungnya iaitu Syaikhul bertanya satu soalan tentang bapanya iaitu Syamsul Yusof. 

Syaikhul dilihat sudah mengetahui hal bahawa bapanya itu sudah mempunyai wanita lain sebagai isteri. 

Puteri Sarah berkata, apabila pulang ke rumah, Syaikhul secara tiba-tiba bertanya tentang sama ada benar ayahnya tak pulang ke rumah sebab dah kahwin lain. 

Mendengar soalan sedemikian dilontarkan oleh anak sulungnya, Puteri Sarah tidak tahu macam mana nak jawab. 

“Masa baru balik daripada penggambaran, sampai saja di rumah, Syaikhul terus tanya saya soalaan ini, Mama betul ke ayah kahwin lain.” 

“Sebab tu tu ke ayah tak balik rumah dah. Mengapa ayah dah ada orang lain.” 

Kata Puteri Sarah, dia memang hilang kata-kata, tak tahu macam mana nak memberi penjelasan kepada anak sulungnya itu. 

“Bagaimanakah caranya nak beri jawapan kepada anak berumur 6 tahun ni. Saya memang dah speechless.”  

Puteri Sarah kemudian bertanya kepada lelaki yang pentingkan diri, termasuk suaminya bagaimana nak jawab pertanyaan berkenaan. 

“Oleh itu kepada lelaki yang pentingkan diri kat luar sana tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecik ni.” 

“Nak jawab macam you kata kat video tu ke, kata nak elakkan mksiat, nak ikut ajaran Illahi.”  

“Pernah tak fikir, satu hari ni macam mana nak explain kat anak. Tak ada punya, kamu hanya fikir tentang kepuasan diri saja, ikut kepala sendiri.” 

Ini luahan hati penuh dari Puteri Sarah Liyana tentang soalan dari anaknya, Syaikhul. 

Puteri Sarah kemudian memberi nasihat kepada orang lelaki di luar sana yang konon mahu ikut sunnah kahwin lebih dari satu, untuk belajar agama terlebih dulu dan fikir kesan yang akan berlaku.