“Kalau suka pada orang lain, beritahu awal-awal” Zulin Aziz beri izin suami kahwin lain, bersyarat

2,075 views

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz menyatakan dia akan beri izin kepada suaminya, Farhan Norzaini, jika suaminya itu meminta izin nak berkahwin seorang lagi. 

Zulin Aziz menjelaskan, semuanya itu bergantung kepada beberapa faktor, dan antaranya suaminya itu mesti memberikan sebab kenapa mahu berkahwin lain. 

Kata Zulin lagi, jika sebab serta alasan yang diberikan amat kukuh, dia akan beri izin. 

Malahan, kalau sebab berkenaan memang kukuh, dan wanita pilihan suaminya itu juga disukai Zulin, Zulin sendiri yang akan datang pinangkan untuk suaminya. 

“Saya ni memang simple orangnya, saya cakap pada suami, awak sekarang kan dah nampak contoh, kita ni selebriti dan tidak boleh sebarang nak buat perangai. Dan jika ada suka pada seseorang itu, kenalah beritahu awal-awal.” 

“Tetapi kenalah ada sebab dan asbabnya. Jika ianya amat kukuh, boleh jalan terus, saya sendiri akan pergi pinangkan.”  

“Namun kalau tak kukuh, itu kena pastikan kukuh dulu. Jika nak jaga satu pun tak boleh, nak buat apa dua, tiga empat orang. Kena juga bagi kukuh dulu yang satu ini.”  

“Selain itu, nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai dia macam mana, elok ke tak. Kalau tak elok tu, sesuai jadi maid saja.” 

Melihat banyak kes lelaki berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama, Zulin sempat berpesan janganlah seorang suami itu mensiakan amanah yang diberikan.  

“Isteri ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia ni, nanti dekat akhirat kelak akan ditanya.” 

“Kalau satu pun memang dah terkontang-kanting, janganlah nak tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut kelak di akhirat.”  

Itulah kenyataan dari Zulin Aziz jika suaminya mahu berkahwin lain.