Kenyataan dari Sophia Albarakbah “Benda boleh selesaikan dengan pihak terlibat secara personal”

16,858 views

Sophia Albarakbah disahkan sebagai pelakon yang cuba mendekati Aliff Aziz, seperti yang didedahkan oleh isterinya iaitu Bella Astillah. 

Semalam, Sophia Albarakbah juga dilabel sebagai telah lari dari satu sidang media oleh Bella Astillah. 

Sophia tak muncul pada saat akhir walaupun sebenarnya sebelum ini dia dah setuju nak hadir ke sidang media tersebut. 

Wakil produksi memberitahu bahawa alasan yang diberi oleh Sophia Albarakbah ialah tiba-tiba ada penggambaran kerana pertukaran jadual. 

Ini kenyataan dari wakil produksi mengapa Sophia Albarakbah tak hadir ke sidang media. 

“Saya nak memohon maaf sebab pelakon utama drama Ku Akad Kau Dengan Bimillah tak dapat hadir sebab dia kini sedang jalani penggambaran di Subang. Sophia dikatakan kena selesaikan penggambaran yang masih berbaki kerana pada esok hari dia dah kena berangkat ke Jakarta. Saya faham perkara ini tidak sepatutnya berlaku, tetapi babak melibatkan Sophia kena diteruskan untuk pastikan kelancaran drama ini.” 

Pihak media kemudian telah menghubungi Sophia Albarakbah, dan bertanay tentang isu yang berlaku antara dirinya dengan Aliff Aziz. 

Sophia Albarakbah kemudian telah menulis satu kenyataan kepada pihak media. 

Jelas pelakon kacukan Melayu, Chinese dan Arab ini, dia tak mahu beri kenyataan sebab tak mahu hal ini berlanjutan. 

Sophia mengatakan jika buat kenyataan terutama di sidang media, nanti akan lebih banyak impaknya. 

“Saya tahu benda ni tengah panas, saya pun faham kerja wartawan dan pihak media. Tetapi secara jujur, ini sesuatu yang saya tak suka.” 

“Tak mahulah buat sebarang kenyataan yang akan beri kesan yang lebih tak baik.” 

“Cuba bayangkan, pihak saya buat kenyataan, lepas tu saya pula buat kenyataan, dan kemudian pihak sana akan keluarkan lagi kenyataan.” 

Katanya, dia tak mahu satu negara kecoh tentang isu yang sedang melanda ini. 

“Netizen pun akan pilih side mana, dan kemudian akan berbalah lagi. Ini bukan benda yang baguskan. Harapnya media akan biarkan hal ini hilang sendiri.” 

“Sekarang ni saya pun tengah jalani penggambaran lagi, mahu fokus kerja.” 

“Hal ini boleh diselesaikan dengan pihak yang terlibat saja secara personal. Tak mahulah melibatkan satu Malaysia.”  

Ini komen dari Sophia Albarakbah. 

Itulah kenyataan dari Sophia Albarakbah tentang isu melibatkan Aliff Aziz dan juga Bella Astillah.