Gambar Juliana Banos terkini, di usia 45 tahun

165 views

Nama Juliana Banos pernah terkenal di Malaysia satu masa dulu. Menjadi penyanyi di bawah KRU, nama Juliana menjadi satu nama yang cukup besar. 

Antara lagunya yang amat popular ialah Mana Satu, Setiap Detik, Sehidup Semati dan Cinta Gila. 

Bukan saja menyanyi, Juliana Banos juga merupakan seorang pelakon yang berbakat besar. 

Juliana pernah berlakon dalam filem Gerak Khas, Gila-Gila Pengantin dan juga Sembilu. 

Pada tahun 2006, Juliana mengambil keputusan untuk berkahwin dan terus saja menyepi dari dunia seni. 

Beliau berkahwin dengan Datuk Mokhtar Ahmad, lantas kini bergelar Datin Juliana Banos. 

Tahun 2024 ini, Juliana sudah pun berumur 45 tahun dan bahagia bersama keluarganya. 

Memang ramai yang taki nampak Juliana memandangkan tidak aktif di laman media sosial. 

Namun melalui satu video, akhirnya peminat terubat rasa rindu apabila munculnya Juliana di video berkenaan. 

Juliana Banos dilihat bersama beberapa orang rakannya di kedai makan berkenaan. 

Video itu dimuatnaik oleh kedai makan berkenaan iaitu Kueh Bakor. 

Captionnya berbunyi: “Ternampak seorang legend, Juliana Banos bersama kawan-kawan di kedai kami.” 

Ini gambar Juliana Banos terkini. 

Masih lagi cantik, Juliana Banos hanya mengenakan pakaian yang simple saja, memakai seluar jeans dan juga T-shirt hitam, sambil berkaca mata. 

@kuehbakor Terima kasih kerana menjamu selera di cafe kami 😍🥰 #no1injohorbahrutown #kuehbakorbysugarbake #kuehbakor ♬ original sound – kuehbakor

Juliana mendapat pujian ramai para peminatnya, simple dan maintain cantik. 

Ini antara komen.  

“Lawanya Datin, santai-santai je dah cantik.” 

“Rindu betul nak tengok Juliana Banos, Memang cantik betul.” 

“Saya rasa dia ini pemenang Dewi Remaja yang terbaik. Masuk industri kerja rajin, fokus, tak ada pun isu yang pelik-pelik, tahu-tahu dah kahwin je dan terus saja fokus pada family.” 

Itulah keadaan dan juga foto, gambar Juliana Banos terkini.