Raysha rizrose sah hamil anak pertama

Raysha Risroze hamil anak pertama

1,025 views

Setelah lebih kurang setahun lebih melayari bahtera perkahwinan, pelakon Raysha Rizrose telah mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua, ye benar, Raysha Risroze hamil anak pertama, sudah disahkan. 

Raysha atau nama penuhnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz, mengesahkan hal berkenaan menerusi satu hantaran di laman media Instagram. 

Pelakon berumur 28 tahun ini, memuatnaik satu video pada hari ini, Sabtu, bersama suaminya, Nabil Jeffri, 31 tahun, dengan menunjukkan keadaan dirinya yang sudah menampakkan baby bump. 

Melalui caption, Raysha hanya menulis ayat yang ringkas saja iaitu, kami 11 tahun kemudian

Ini mengambil kira perkenalan dan hubungan mereka selama 11 tahun, sejak mereka remaja lagi. 

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan, Raysha bersama Nabil, sedang berjalan berpegangan tangan di persisiran pantai dan mereka menunjukkaan baby bump Raysha.  

Baby bump Raysha Risroze, hamil anak pertama

Menjengah di ruang komen,r amai yang meinggalkan komen memberi ucapan tahniah kepada pasangan ini. 

Ini termasuklah rakan artis seperti Mira Filzah, Elisya Sandha, Syamim Farid, Sweet Qismina, Mark Adam, Eyka Farhana, Erin Malek, Daiyan Trisha, Hannah Delisha, Nabila Razali dan ramai lagi. 

Ini antara komennya. 

Kakaknya Nelydia Senrose menulis: “Love you three so much.” 

Sepupunya, Aprena menulis: “I love you so much bumil.” 

Syamim Farid menulis: “Syukur alhamdulillah dada (nama panggilan mesra Raysha) so happy for you guys.” 

Mira Filzah: “MashaAllah, alhamdulillah congratulations Dada.” 

Hannah Delisha juga memberi ucapan tahniah: “Alhamdullilah, congratulations Raysha. Semoga dipermudahkan segala urusan kamu berdua.” 

Untuk info, Raysha Rizrose merupakan juara Dewi Remaja dan kemudian menceburi bidang lakonan dan juga nyanyian. 

Raysha Rizrose merupakan adik kepada pelakon Uqasha, dan Nelydia Senrose yang juga sepupu kepada Aprena dan Oktovia Manrose.  

Pada tarikh 22 Februari tahun lalu, Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri mendirikan rumah tangga selepas dua bulan bertunang dan 10 tahun berkenalan. Tahniah diucapkan kerana Raysha Risroze hamil anak pertama.