Fesyen tudung dikecam, ini respon Yuna

256 views

Penyanyi Yunalis Zarai yang lebih dikenali dengan nama Yuna, kini dah kembali aktif di Malaysia. 

Setelah merantau beberapa tahun di Amerika Syarikat, Yuna berkata dia sudah bersedia untuk kembali ke tanah air. 

Yuna mempunyai lebih 900ribu pengikut di laman Instagram miliknya, maka penyanyi berumur 37 tahun ini sering muatnaik foto terkini untuk para peminat setianya. 

Walaupun begitu, tak semua menyukai Yuna, terdapat pelbgai komen kurang baik yang dilemparkan ke atasnya. 

Ini terutama berkaitan penampilan Yuna ketika ini. 

Sebelum ini, semasa di awal populariti, Yuna memakai tudung penuh, namun sejak mengembara di rantau, Yuna dilihat menutup rambutnya saja. 

Ekoran itu, ada beberapa individu yang mempertikaikan pemakaian tudung Yuna itu. 

Ini antara komen yang ditulis. 

“Banyak dah nampak tengkuk keluar, just saying.” 

“Sebenarnya dia ni bukan niat nak tutup aurat, dia hanya nak tutup rambut yang hodoh dia tu.” 

“Lagi prefer tudung sebelum popular.” 

RESPON BALAS YUNA

Melihat pelbagai komen sedemikian, akhirnya Yuna tampil memberi jawapannya. 

Jelasnya, sekiranya ada pihak yang tak suka melihatnya, adalah lebih baik mereka terus saja unfollow. 

“Sila jangan ikut saya, seratus kali.” 

“Ramai yang minta saya abaikan saja komen sebegini, tetapi ianya perlu dibicarakan juga sebab apa yang dah jadi dengan masyarakat kita kalau kita biarkan saja orang sebegini cakap sesuak hati, hanya kerana mereka ingat mereka boleh berbuat sedemikian.” 

“Saya dah 37 tahun, sudah berada dalam industri selama 15 tahun buat muzik, tetapi apa yang mengejutkan saya, masih ada lagi mereka yang berada di ruang saya, dan menulis komen sebegini, minta saya pakai sebegitu sebegini, minta saya terus buka tudung, menghakimi saya, dan mereka tak pernah pun berada di tempat saya.” 

“Ada perkataan yang sesuai untuk ini, iaitu toksik.” 

Tambah Yuna lagi, adalah lebih baik mendoakan dan juga sayang antara satu sama lain. 

“Bukankah kita diajar untuk menyayangi sesama kita, dan adalah lebih baik untuk mendoakan saja.”  

“Please, saya minta unfollow saya, jikalau tak suka dengan saya, leave me alone.” 

“Jangan ikuti saya kalau ada yang rindu Yuna yang dulu, sebab dulu pun kalian tak kenal Yuna tu.” 

Itulah kenyataan dari Yuna tentang isu fashion tudung yang digayakan olehnya.