Jawapan Puteri Sarah rujuk kembali Syamsul Yusof

1,219 views

Pelakon Puteri Sarah hari ini hadir ke mahkamah untuk satu kes melibatkan kes kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda. 

Dalam kes ini Puteri Sarah telah saman Wiwi ekoran kenyataannya. 

Akhirnya kes ini diselesaikan secara baik di luar mahkamah dan Wiwi telah pun meminta maaf kepada Puteri Sarah. 

Mulanya, pihak Sarah meminta ganti rugi namun peguam mewakili Wiwi berkata, wanita berkenaan tidak mampu, maka Sarah pun tidak kisah, asalkan Wiwi akan membuat permohonan maaf. 

Selesai kes ini, ketika di  luar mahkamah Puteri Sarah telah bertemu dengan media. 

Satu pertanyaan timbul dari media apabila Puteri Sarah ditanya sama ada masih ada harapan untuk kembali kepada Syamsul Yusof yang kini dalam proses bercerai dengan Ira Kazar. 

Menjawb soalan berkenaan, Puteri Sarah hanya mampu ketawa dan menyatakan dia tak akan kembali lagi. 

Ini jawapan Puteri Sarah rujuk kembali Syamsul Yusof.

“Tak Akan Rujuk Kembali” 

“Saya hanya mampu ketawa sahaja.”  

“Tak rasanya (kembali rujuk Syamsul). Cukuplah kami berdua sekadar berkawan dan sama-sama jaga anak-anak kami.” 

Itulah kenyataan dan jawapan Puteri Sarah rujuk kembali Syamsul Yusof, bekas suaminya.

Sarah juga ditanya tentang kisah rumah tangga Syamsul dengan Ira dan jelasnya adalah lebih baik dia tidak berbicara tentangnya kerana tiada kaitan.  

“Saya tak nak komen tentang hal berkenan. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu pun.” 

Tambah Sarah, adalah lebih baik semua pihak mendoakan saja agar segala urusan Syamsul dan Ira akan selesai dengan baik dan dipermudahkan. 

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mempunyai dua orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Selepas ini, Sarah kan kembali lagi ke mahkamah untuk isu dengan bekas pekerjanya pula, iaitu Nazatul Nazira. 

Dalam kes berkenaan, saman telah difailkan oleh Sarah terhadap bekas pekerjanya itu kerana membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya.