Ini kenyataan dari Uqasha Senrose, dah pasang lawyer, ambil tindakan udang-undang

2,183 views

Pelakon Uqasha Senrose secara tiba-tiba dikaitkan dengan kisah bahawa dirinya seorang yang suka membuli ketika di sekolah. 

Hal ini dibuat oleh seorang wanita bernama Ayla, dengan mengatakan dirinya menjadi mangsa Uqasha Senrose. 

Malahan, Ayla mengatakan apa yang berlaku kepada suaminya itu merupakan balasan atas perbuatannya yang dulu yang telah membuli dirinya. 

Melihat kes ini menjadi bualan ramai, akhirnya Uqasha Senrose tampil memberi satu kenyataan melalui video di laman media sosial miliknya. 

Jelas Uqasha, dia memang terkejut dengan dakwaan tak masuk dek akal ini apatah lagi dalam keadaan yang menimpa suaminya. 

Secara terbuka, Uqasha menafikan dakwaan berkenaan dan meminta wanita yang membuat dakwaan itu untuk tampil memberi bukti. 

Malahan, Uqasha juga telah mengambil tindakan dengan memasang peguam serta membuat report polis untuk kes ini.  

“Sekarang ni saya masih lagi sedang trauma sebab kes suami saya, saya lihat banyak yang tag dan komen tentang saya sampai trending. Ingatkan orang ramai ucap atau beri kata semangat.” 

“Rupanya nama saya trending sebab tuduhan ini. Hal ini saya kena ambil peduli kerana ini merupakan satu fitnah yang melampau.” 

“Awak tak berjaya buat saya down pun, saya berani kerana benar. Kalau betul dakwaan tu, kemukakan bukti, tunjuk bukti. Tolonglah sya nak bukti sangat. Kalau buli orang ni, dah lama dah kena buang sekolah, kalau kena buli takkanlah tak beritahu cikgu, tak beritahu parents.” 

Dalam pada itu, Uqasha juga mendakwa bahawa dirinya yang keluar dan berpindah dari sekolah bukannya wanita itu yang pindah sekolah.  

“Untuk info, sebenarnya saya yang pindah sekolah, macam mana pulak dia boleh cakap dia yang pindah sekolah, dari tingkatan empat ke tingkatan lima, saya yang pindah.” 

Uqasha Senrose juga mempersoalkan kenapa baru sekarang tiba-tiba nak buka cerita. 

“Dah 15 tahun, tiba-tiba nak buat cerita, kononnya dia takut sangat dengan saya, trauma sangat dengan saya. Kata saya kaki buli pula, talam dua muka. Kak Yong, Kak Long sangat saya ni.” 

“Dari side saya, pihak polis dan juga pihak peguam saya akan buat siasatan lanjut, dan akan jelaskan serta semua terjawab kelak.” 

“Nak dengki boleh tetapi jangan sampai nak buat cerita macam ni, cerita bukan-bukan.” 

Uqasha akui apa yang dia baca tu memang buat dirinya down tetapi dia akan kuatkan diri dan melawan sebab dia tak bersalah. 

Ini video live dari Uqasha:

Dalam pada itu, ada juga cikgu serta rakan sekolah Uqasha yang lain mengatakan Uqasha Senrose seorang yang baik di sekolah.