“Maaf ibu, saya tak boleh ceraikan Puteri Sarah” ~Ini komen Syamsul Yusof

3,866 views

Syamsul Yusof, 39 tahun, telah memberi komen tentang ibunya Datin Patimah yang dilihat telah berpihak lebih kepada menantunya Puteri Sarah Liyana. 

Jelas Syamsul, dia amat faham bahawa ibunya itu sedang memarahi dirinya ketika ini. 

Syamsul Yusof mengatakan bahawa ibunya itu tak tahu cerita yang sebenarnya, tentang apa sebenarnya yang terjadi. 

“Dia sebagai ibu, memang saya faham sangat sedih. Saya faham juga ibu saya ni sedang terluka, namun begitu kalau boleh janganlah dikongsikan di sosial media.” 

“It’s okay jikalau ibu saya mahu menyokong Puteri Sarah. Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu saya ni tak tahu cerita sebenar. Hanya masa akan menentukan segala-galanya.”  

“Saya memang ada cuba menghubungi ibu, namun tak payah cakap, semua orang tahu ibu ketika ini sedang marah dengan saya.” 

“Sebagai anak pun memanglah saya bersedih. Tetapi tidak pernah sedikit pun rasa sakit hati dengan ibu, macam mana pun dia tetap ibu saya.” 

Syamsul Yusof bagaimanapun tetapi dengan pendiriannya tak mahu melafazkan talak terhadap Puteri Sarah Liyana.  

“Mungkin ibu mahu saya menceraikan isteri saya, Puteri Sarah sekarang ini, tetapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf pada ibu.” 

Selain itu, Syamsul Yusof juga menafikan bahawa dirinya terkena buatan orang. 

“Ibu pun ada cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya saya ada buat solat istiqarah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat.”  

“Tidak, saya yang buat pilihan untuk berkahwin dua. Saya seorang lelaki dan saya ada buat istiqarah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Syamsul Yusof tentang ibunya Datin Patimah yang berpihak kepada Puteri Sarah Liyana.