Pakaian sendat Aliff Syukri dalam video lagu raya buat netizen naik angin

5,536 views

Tak serik lagi nampaknya Datuk Seri Aliff Syukri ni. Walaupun selalu saja menerima komen yang kurang enak, Aliff Syukri dilihat sekali lagi telah mengeluarkan lagu raya pada tahun ini. 

Tahun ini Aliff Syukri memilih lagu raya yang berjudul Cak Cun Cak Raya. Lagu raya ini merupakan hasil gubahan oleh Amy Ukays. 

Dari ruang caption, Aliff Syukri berkata harap semua dapat beri peluang untuk dirinya yang dah keluarkan lagu raya yang trending selama 4 tahun. 

“Sila memberi laluan kepada lagu raya nombor satu trending empat tahun berturut-turut. Lagu ni berjudul Cak Cun Cak Raya.” 

“Semoga dengan lagu raya ini akan dapat beri sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk sambut kedatangan hari lebaran yang akan tiba tidak lama lagi, dari penyanyi nombor 1 Malaysia.” 

Seperti biasa, nyanyian dari Aliff Syukri ini tidak akan diterima baik oleh para netizen di luar sana. 

Sudah lah suara tak sedap, muzik video pula dilihat bagaikan sengaja mahu mengundang komen yang tak elok dari orang ramai yang menontonnya. 

Netizen ternyata kurang senang dengan pemakaian Aliff Syukri serta para penari dalam satu sedutan muzik video lagu raya terbarunya itu. 

Baju yang dipakai dilihat terlalu sendat dan seakan baju renang atau pakaian dalam. 

Bagi sesetengah pihak, mereka melihat tindakan Aliff Syukri ini telah mencemarkan buadaya baju raya. 

Ramai yang kecewa dengan pemakaian baju raya dari Aliff Syukri itu. 

Ini antara komen yang ditulis: 

“Memang tak menghormati bulan puasa.” 

“Sengaja je ni buat macam ni, biar orang komen tentang dia, pastu nanti keluar video minta maaf.” 

“Maaf ye, siapa lagi nak pertahankan budaya melayu kita, tetapi telah dirosakkan sendiri oleh orang kita. Di pakai dengan songkok dan sampin, kalau orang luar tengok macam mana.” 

“Pakaian Dato ni memang tak sesuai, harap terus delete.” 

Ini sedutan lagu raya Aliff Syukri

Sehingga kini, begitu banyak komen yang tak enak dilemparkan kepada Aliff Syukri tengtang baju yang dipakainya itu.