Pelakon bertaraf Hollywood kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Dato Sri Michelle Yeoh telah mencipta sejarah pada bulan Mac lepas apabila diangkat sebagai pemenang untuk Oscar menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu telah menang untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi yang ke 95 itu.
Pada minggu ini, Tan Sri Michelle Yeoh telah pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan keluarga serta para peminatnya setelah merangkul anugerah berprestij itu.
Kepulangan Michelle Yeoh itu sememangnya dinanti ramai.
Dek kerana nama Michelle Yeoh menjadi bualan ramai, ada video yang menjadi tular baru-baru ini.
Dari satu video yang dimuatnaik di akaun TikTok Wadah Daily, ada segmen menunjukkan Michelle Yeoh telah bercakap dalam bahasa kebangsaan Malaysia iaitu Bahasa Melayu.
Dikatakan video berkenaan diterbitkan dah lama iaitu sekitar 14 tahun yang lalu.
Ianya merupakan video Michelle Yeoh jalani penggambaran dengan pihak National Geographic pada tahun 2009.
Percakapan Michelle Yeoh itu ternyata membuatkan ramai yang teruja, pertama kali mendengarnya lancar bertutur dalam Bahasa Melayu apatah lagi menggunakan bahasa baku.
“Okay mari. Saya ikut. Jaga-jaga di sana. Jangan lupa saya. Nenek kasi tangan. Terima kasih, cepat-cepat. Ini kawan baru.” Itu antara ayat yang diungkapkan oleh Tan Sri Michelle Yeoh dalam video berdurasi satu minit itu.
Ini videonya.
@wadahdaily Pernah dengar Michelle Yeoh bercakap dalam bahasa melayu #wadahdaily #michelleyeoh #malaysiamadani #kerajaanperpaduan #viral ♬ original sound – wadah daily
Menjengah di ruangan komen, rata-rata gembira dan memujinya setelah melihat Tan Sri Michelle Yeoh menggunakan Bahasa Melayu dengan baik.
Ini antara komen yang diberikan netizen.
“Memang pertama kali tengok Michelle Yeoh cakap BM.”
“Sebelum ini pernah dengar di cakap BM dalam filem Police Story dia cakap abang.”
“Wah dia pakai bahasa baku, hebat.”
“Tan Sri Michelle di antara Malaysia Chinese yang disayangi rakyat Malaysia selain Datuk Lee Chong Wei.”
“Dia cakap Bahasa Melayu satu persatu, sebiji-sebiji susunan ayat dia. So cute.”
“Ini macam loghat Bahasa Melayu Sabah. Pandainya Dato.”
“Dari kecil lagi Dato sebenarnya dah pandai cakap Melayu dan English.”
“Ni masa dia pergi kat Sabah kan? Mungkin dia bercakap ikut lenggok Sabahan di sekeliling dia tu. Kalau kat dia kat semenanjung mungkin lain lenggok bahasanya.”
Itulah antara reaksi orang ramai yang menonton sedutan video Tan Sri Michelle Yeoh bercakap dalam Bahasa Melayu itu.