Tindakan Emma Maembong di majlis aqiqah cetus kebimbangan wargamaya

5,086 views

Pelakon Emma Maembong, 31 tahun, baru saja beberapa hari selamat melahirkan anak keduanya. 

Emma dan suami telah bersepakat memberi anak kedua ini dengan nama Shakil Aryan Shah. 

Hari ini, satu majlis akikah telah dibuat untuk anak keduanya itu. 

Emma ada muatnaik video sekitar majlis akikah anak keduanya itu. Ini caption dari Emma. 

“Syukur alhamdulillah dah selesai majlis aqiqah untuk anak kedua iaitu Shakil Aryan Shah. Hanya buat secara kecil-kecilan saja bersama keluarga dan rakan. Semoga menjadi anak yang soleh, amin.” 

Namun ada tindakan dari Emma Maembong dari video berkenaan, yang menjadi bualan ramai, malah menerima teguran dari warga maya. 

Ianya kerana Emma Maembong dengan selamba telah mendukung anak sulungnya yang bernama Shariq Gabriel. Anak sulungnya ini kini berumur 2 tahun lebih.  

Ramai yang menegurnya kerana Emma Maembong masih lagi sedang berpantang. 

Oleh yang demikian, kata warga maya, tak berapa elok Emma untuk mendukung anak sulungnya itu, kerana orang berpantang tak elok buat kerja berat, apatah lagi mengangkat anak seberat Shariq Gabriel. 

Ramai telah menasihati pelakon berkenaan untuk sentiasa berehat dan menjaga badannya ketika dalam berpantang ini. 

Ini antara komen warga maya.  

“Aku yang tengok ni seriau. Emma bersahaja dukung anak sulung dia. Rasa ngilu kat perut tu sebab baru saja bersalin.” 

“Mengapa Emma pergi dukung anak sulungnya tu, siap dia duduk bersila pula. Risau tengok keadaan Emma.” 

“Emma kalau baru saja lepas bersalin, baik jangan angkat benda berat-berat, patut kena rehat badan dulu. Nak pakai lama tu.”

Emma Maembong dan suaminya iaitu Shazli selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 10 Mei lalu, yang dilahirkan secara normal dengan berat 3 kilogram.