Pelawak dan pelakon Jiggy, 34 tahun, telah pun bernikah dengan penerjun negara Nur Dhabitah Sabri, 23 tahun baru-baru ini.
Pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada bulan April yang lalu iaitu pada 28 April 2023, di kediaman Dhabitah.
Mereka berdua mula berkenalan dan menjadi rapat setelah terlibat bersama dalam satu rancangan hiburan.
Kata Jiggy dia tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan berkenaan sebaliknya ianya dibuat secara tertutup dan disegerakan atas sebab Dhabitah akan ke China untuk jalani latihan sukan terjun.
Semalam, bekas isteri kepada Jiggy iaitu pengacara dan hos, Elly Ariffin telah membuat satu video yang menjadi tular.
Elly Arifin dilihat telah bertemu dengan Jiggy lantas telah mengusik bekas suaminya.
Ketika mula berjumpa, Elly Ariffin terus saja menyanyikan lagu selamat pengantin baru kepada Jiggy yang sedang duduk di sebelah penyanyi Naqiu.
Kemudian, secara berseloroh Elly terus bertanay soalan cepumas iaitu mengapa tak jemputnya datang ke majlis pernikahan Jiggy dan juga Dhabitah.
“Selamat pengantin baru, kenapa kay tak invite aku eh, tak jemput aku eh. Kurang ajar la ko ni.”
“Kau tak invite aku, aku kena jawab segala tohmahan dari media tahu tak.”
“Segala cakap dari netizen aku kena, semua sebab kau. Kau memang punca. Dorang kata aku menggatal dengan ex aku.”
Jiggy kemudian yang dalam keadaan tertawa menjawab.
“Belum, belum lagi resepsi. Jangan cakap macam tu, netizen nanti cakap lain.”
Elly kemudan berseloroh lagi tentang ketiadaan Dhabitah ketika ini.
“Oh, bini kau tak de sekarang ni eh jauh.”
Ini video berkenaan yang sudah pun mendapat tontonan lebih satu juta views dalam masa satu hari.
@elly_arifin Memang dua2 skali pakej aku bagi kat telinga masing2 ???? @Thisisnaqiu @Aizat Nazri #fyp #fypシ #fypdongggggggg #masukberanda ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530)
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dan senang melihat bekas suami isteri ini berkawan baik dan boleh bergurau.
Ini antara komen dari warga maya.
“Kadangkala tak secocok sebagai suami isteri tetapi lebih sesuai jadi kawan.”
“Untung dapat bekas pasangan macam ni, dah pisah masih lagi baik.”
“Tergelak tengok video ni, terhibur aku.”
Baguslah hubungan yang baik sebegini, tak ada cakap yang tak baik atau pun bermasam muka antara bekas pasangan suami isteri.
Info lalu, Elly Ariffin dan Jiggy yang terkenal melalui kumpulan Masin, berkahwin pada 2016 dan berpisah pada tahun 2020.