Awal Ashaari dan isterinya Scha Al Yahya mempunyai dua cahaya mata yang comel iaitu Lara Alana dan juga Lyla Amina.
Kini anak-anak sudah semakin membesar, Lara sudah masuk 9 tahun manakala Lyla dah pun berumur 2 tahun.
Sebagai pasangan yang hidup senang, Awal berkata dia risau juga jika anaknya terlalu selesa dan tak tahu kehidupan orang lain yang hidup dalam kesukaran.
Oleh itu, dia dan Scha akan cuba mendedahkan hal ini kepada kedua orang anaknya itu.
“Hal ini saya dan isteri selalu fikir. Lara dan Lyla kini membesar dengan cara yang sangat selesa sampai mereka tak sedar pun sebenarnya kat luar sana sebenarnya ada orang susah.”
“Jika Lara mengadu panas walaupun ada aircond, saya beritahu setengah orang tak ada pun aircond dan dia tak percaya. Dia ingat semua rumah ada.”
“Dapat lihat, dia tak faham konsep kesusahan. Dia selalu rasa senang, tambahan pula kawan-kawan dia pun dari golongan yang senang. Dia tak pernah terfikir ada orang yang adik-beradiknya ramai sehingga nak makan pun tak cukup.”
Jelas Awal lagi, dia ada cuba ajar anak-anak tentang hal itu, namun anaknya ada persoalkan sebab masih tak faham orang susah.
“Ada terfikir macam mana nak ajar dia susah. Jika tak bagi, nanti dia persoalkan kenapa pula. Dia persoal saya semula mengapa saya tak bagi apa yang dia mahu.”
“Contohnya semasa hari jadi Lyla, Scha ada sertai kenduri di sebuah program anak yatim. Kami pun tayang video anak yatim di sana dan beritahu mereka ni tiada ibu bapa. Mereka soal semula, mana ibu bapa mereka pergi.”
“Mereka cuba nak fahamkan hal itu sebab situasi itu tak berlaku dalam persekitaran mereka.”
Scha ada member cadangan untuk bawa anak-anak ke rumah-rumah kebajikan, dan gelendangan misalnya agar mereka dapat lihat sendiri dan Awal bersetuju.
“Ini di antara usaha kami akan buatlah nanti. Untuk membawa mereka pergi tengok orang-orang susah. Sebab kalau dibiarkan, khuatir nanti mereka hanyut.”
Satu tindakan yang amat baik dari Awal Ashaari dan Scha Alyahya untuk mendidik anak-anak mereka.