Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya buka cerita status dengan Fyna Jebat

6,995 views

Status perkahwinan di antara lagenda bola sepak tanah air iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan dan penyanyi Fyna Jebat akhirnya sudah terungkai. 

Datuk Zainal Abidin mengakui bahawa dirinya dan juga Fyna bukan lagi pasangan suami isteri. 

Hal ini disahkan sendiri oleh bekas pemain kebangsaan itu menerusi satu laporan portal hiburan, Mstar. 

Kata Zainal, 62 tahun, dia dan Fyna, 30 tahun, telah pun berpisah secara baik. 

Namun Zainal enggan menceritakan lebih lanjut tentang bilakah tarikh lafaz dibuat ke atas penyanyi berkenaan. 

“Kami memang sudah berpisah dan ianya secara damai.” 

Datuk Zainal menjawab hal berkenaan ketika hadir sebagai tetamu dalam satu rancangan sukan semalam. 

Tentang gambarnya dengan Fyna yang telah pun tersebar, makan bersama di kedai makan, Datuk Zainal turut menjawab hal berkenaan. 

Katanya, gambar itu memang betul adalah dirinya bersama bekas isteri keduanya itu. 

Zainal menceritakan mereka berjumpa untuk menyelesaikan hal peribadi.   

“Yes benarlah, itu memang saya. Saya bertemu dengan bekas isteri kedua. Kami pun pergi makan. Kami berjumpa sebab ada hal yang nak diselesaikan, ada beberapa masalah.” 

Zainal menambah, dia sedar kisah peribadinya menjadi perbualan umum kerana dia dan bekas isteri ada peminat yang tersendiri.  

“Itu perkara biasalah.” Kata Zainal Abidin. 

Kenyataan dari Datuk Zainal Abidin Hassan itu mengakhiri teka teki tentang status hubungan dengan Fyna Jebat yang juga merupakan adik kepada Ayda Jebat. 

Diimbas kembali, pada awal tahun 2023, Fyna Jebat mengaku dah pun berkahwin dengan bekas pemain bola sepak yang juga jurulatih bola sepak itu. 

Namun tiada butiran yang tepat tentang bilakah perkahwinan mereka berlangsung. 

Zainal Abidin Hassan dan Fyna Jebat kemudian disahkan telah berpisah beberapa bulan lalu, dan hal ini disahkan oleh anak perempuan kepada Zainal Abidin.