Masih ingat aksi Gwiyomi comel penuh sopan, ini perkembangan terkini wanita ini

58,759 views

Sekiranya kalian masih lagi ingat, sekitar 10 tahun yang lalu, ada satu trend yang menjadi tular di media sosial. 

Trend berkenaan ialah Gwiyomi challenge.  

Gwiyomi merupakan satu lagu nyanyian penyanyi Korean bernama Wengie pada tahun 2013. 

Lagu berkenaan menampilkan muzik yang amat catchy, cute serta sesuai dengan mood yang happy.  

Gwiyomi challenge menjadi trending satu dunia yang mana orang ramai mencuba menari menggunakan lagu berkenaan. 

Ramai yang menampilkan cara masing-masing dan yang pasti ramai mahu menunjukkan sisi comel mereka. 

Trend ini turut diikuti di Malaysia, yang mana ramai yang melakukannya termasuklah di kalangan artis. 

Namun yang paling diingati sudah tentu aksi seorang wanita yang melakukannya dengan cara yang amat sopan. 

Wanita bertudung ini, menggayakan pergerakkan yang mudah, simple tetapi tetap comel. 

Yang penting ramai mengatakan video dari wanita berkenaan sopan saja dan tidak keterlaluan. 

Kini dah 10 tahun berlalu, di manakah agaknya wanita berkenaan. 

Hasil carian di laman media, akhirnya identiti wanita ini telah dijumpai. 

Wanita berkenaan bernama Juliza Faiza Khalid, dan kini berkhidmat sebagai seorang guru. 

Sesuai dengan kerjayanya sebagai guru, Juliza telah membuka satu akaun khas menggunakan nama Cigujuliza

Wanita ini akui ramai yang masih ingat videonya itu. 

Ini komen dari cikgu Juliza tentang video viral Gwiyomi itu. 

“Minta maaf saya baru terbuka hati untuk buka Ig kepada semua. Saya tahu ramai yang nak tahu perkembangan wanita buat gwiyomi bertudung biru pink, walaupun pada tahun 2013 sampai sekarang ramai masih ingat lagi video tersebut.”  

“Saya dah pun padam video tersebut di Youtube selepas diviral sebab ramai yang komen pelbagai, ada suka ada yang tak suka.” 

“Kini dah hampir 10 tahun, tak sangka video tersebut masih ada sampai sekarang.”  

“Saya berharap dengan adanya Ig ini, tidaklah menghampakan semua. Para pelajar saya pun boleh follow sini. Terima kasih semua atas sokongan. Cikgu sayang semuanya.” 

Tentang identitinya, Juliza memberitahu dia kini bekerja sebagai guru dan mengajar subjek Bahasa Melayu. 

Juliza juga menjawab persoalan ramai tentang berapa umurnya sekarang. 

“Marilah saya beritahu yang kini umur saya dah 37 tahun. Saya lahir pada tahun 1986. Rasa dah berumur, macam dah tak layak dipanggil comel dah.” 

Ini beberapa gambar terkini cikgu Juliza akak Gwiyomi. 

Maka dah terjawablah teka teki siapakah wanita disebalik video tular Gwiyomi yang penuh sopan dan comel itu, dialah cikgu Juliza, kalau nak tengok boleh pergi ke akauan cigujuliza ye.