Setelah lama berdiam diri, akhirnya penceramah terkenal ustaz Ebit Lew tampil memberi kenyataan tentang isu yang sedang melanda dirinya.
Ini dikatakan ekoran kenyataan dari wanita yang dibantunya tak lama dulu menerusi satu podcast yang ditayangkan oleh penyanyi Caprice.
Wanita bernama Mondy itu, mendedahkan beberapa kelakukan ustaz yang dikatakan mengejutkan dirinya.
Ekoran itu, Ebit Lew yang baru sampai ke Malaysia dari Arab Saudi, terus saja membuat satu laporan polis di Balai Polis USJ8.
Kata Ebit Lew, semua tuduhan itu agak melampau dan tak ada asasnya.
“Bismillah, saya caru saja sampai dari Jeddah, Arab Saudi, sekitar jam 12 malam tadi, dan kemudian saya terus pergi ke Balai Polis untuk membuat report tentang kenyataan fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas terhadap diri saya.”
Tambah Ebit Lew, dia menyerahkan siasatan sepenuh kepada pihak polis selain turut berbincang dengan pihak peguamnya.
“Saya dah serahkan hal ini kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah serahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan yang selanjutnya.”
Itulah kenyataan serta respon dari Ebit Lew setelah namanya menjadi bualan ramai ekoran kenyataan dari Mondy.
Melihat ruangan komen, ramai yang memberi sokongan kepada Ebit Lew.
Di imbas kembali, Mondy pernah jadi tular beberapa bulan lalu setelah dibantu oleh Ebit Lew ketiak melawat negara jiran Indonesia.
Kemudian, Ebit Lew ada membawa Mondy ke Malaysia dan dilihat telah mengenakan tudung.
Wanita ini kemudian turut tampil bersama Ebit Lew untuk berniaga dan menjual sambal.
Mondy kemudiannya telah pulang ke Malaysia setelah beberapa hari di Malaysia.
Caprice merupakan antara individu yang paling lantang bersuara tentang isu melibatkan Ebit Lew ini.
Ada juga pendapat dari warga maya yang meminta Caprice untuk menjemput sendiri Ebit Lew ke podcastnya untuk berbicara bertentang mata.