House tour rumah agam Asyraf Khalid dan Tya Ariffin, bernilai RM9juta

4,700 views

Hari ini kita bawakan house tour dari dua individu yang amat dikenali ramai. 

Individu berkenaan ialah pasangan suami isteri Tya Ariffin dan juga Asyraf Khalid. 

Asyraf Khalid merupakan anak kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang lebih mesra disapa Dato K, yang juga merupakan suami kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Tya Ariffin pula merupakan pelakon terkenal yang berasal dari negara jiran, yang kini dah pun berhijrah ke Malaysia setelah berkahwin dengan Ayraf Khalid. 

Melalui video dari Koocester, kita akhirnya dapat melihat kecantikkan rumah agam milik Asyraf dan juga Tya. 

Koocester yang terkenal dengan segmen What Do You Do For A Living, telah bertemu dengan Asyraf di rumah agamnya bersama seorang lagi influncer iaitu cikgu Qiwii. 

Dari video berkenaan, rumah yang didiami oleh Asyraf dan Tya itu bernilai Rm9juta. 

Di ruang halaman dan garaj, Asyraf juga menunjukkan bahawa beliau memiliki model kereta mewah iaitu Audi dan juga Tesla. 

Saya mempunyai perniagaan produk kecantikkan dan kesihatan yang diberi nama Mutyara.” Kata Asyraf. 

Seperti biasa, mereka buat tour dalam rumah yang lengkap, dan antara yang menarik ada di rumahnya ialah mempunyai piano, mini cinema, mini pond, padang bola, basketball court dan dilengkapi dengan lif. 

Mereka juga melihat koleksi peribadi Asyraf Khalid yang bernilai jutaan Ringgit. 

Jom layan video house tour Tya Ariffin dan Asyraf Khalid. 

Di umurnya yang baru masuk 31 tahun, Asyraf Khalid berkata dia amat bersyukur dengan segala nikmat dan kejayaan yang diterimanya. 

Semoga house tour Tya Ariffin dan Asyraf Khalid ini akan memberi inspirasi kepada semua untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.