Ura-ura Syamsul Yusof dan Ira Kazar berpisah, ini reaksi Kazar, Puteri Sarah dan Yusof Haslam

6,333 views

Sejak dua menjak ni, ada ura-ura mula bertebaran di ruang media tentang berita melibatkan pasangan suami isteri yang dikatakan telah berpisah. 

Dari berita tersebut, seorang pengarahyang juga pelakon terkenal, dikatakan telah melafazkan ungkapan perpisahan terhadap isterinya, yang sebelum ini pernah dilabel sebagai penyondol dan juga anak kepada seorang pelakon veteran. 

Dek kerana itu, nama yang dipetik oleh warga maya ialah Syamsul Yusof dan juga Ira Kazar. 

Pihak media dilihat terus saja bertanya kepada beberapa pihak tentang isu ini. 

REAKSI KAZAR, AYAH IRA

Antara yang ditanya sudah tentu ayah kepada Ira iaitu Kazar Saisi. 

Menjawab pertanyaan berkenaan, Kazar mengatakan dia tak tahu menahu tentang kes berkenaan. 

“Saya tak tahu menahu, saya kini sedang outstation, berada di luar.” 

Itu jawapannya ringkas tanpa mahu mengulas lebih lanjut. 

Sementara itu, Kazar juga dilihat ada menulis kenyataan ini di laman media miliknya. 

“Pula dah, warga maya ni tak ada kerja.” 

REAKSI DATIN PATIMAH, IBU SYAMSUL

Sementara itu, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah juga ada memberi reaksi tentang hal ini. 

Namun isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini juga berkata, dia tak ambil tahu isu berkenaan. 

“Saya tidak ambil tahu akan hal itu. Bagi saya menantu saya tetap Puteri Sarah, namun mereka telah pun berpisah.” 

Ini pula komennya tentang Ira Kazar. 

“Bagi saya dia merupakan isteri yang tak berdaftar, jadi saya pun tak ada komen.” 

“Apa yang terjadi seterusnya saya tak tahu, namun saya pun tak mahu ungkit lagi, saya tak mahu menjejaskan nama Syamsul.” 

REAKSI DARI DATUK YUSOF HASLAM

Dalam pada itu, Datuk Yusof Haslam juga sama sependapat dengan isterinya. 

Kata Yusof Haslam, ketika ini dia pun tak tahu tentang kisah anaknya dan juga Ira. 

Apatah lagi mereka dah lama terputus hubungan. 

“Kalau salah cakap nanti ada yang terasa hati.” 

“Saya tak mahu cakap banyak, sebabnya saya pun tak tahu mereka dah berpisah atau sebaliknya. 

“Malah tak tahu berita berkenaan sahih atau tidak.” 

“Syamsul dah lama tak balik rumah, dah lama terputus hubungan, oleh itu saya tak mahu komen lanjut.” 

APA KATA PUTERI SARAH

Sudah tentu, isu melibatkan Syamsul Yusof dan Ira Kazar ini juga tempiasnya akan terkena kepada bekas isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah. 

Sebagai bekas isteri, Puteri Sarah mengatakan hal itu bukanlah sesuatu yang patut dia ketahui. 

“Saya tak tahu hal itu, saya ni pun baru saja balik dari Jakarta.” 

Di ruangan laman media Puteri Sarah, dapat dilihat begitu banyak komen bertanya tentang hal ini kepadanya. 

Apapun, kisah ini belum lagi diketahui kesashihannya, kita kenalah tunggu jika ada sebarang penjelasan dari tuan punya badan sendiri iaitu Syamsul Yusof dan juga Ira Kazar.