Pasangan pengantin baru iaitu pengarah dan pelakon Sabri Yunus serta isterinya iaitu pelakon Angeline Tan, telah ditanya tentang perancangan untuk mempunyai cahaya mata oleh pihak media.
Menjawab pertanyaan berkenaan, Sabri Yunus berkata, diusianya yang sudah pun bergelar warga emas ini, dia dan isteri tak ada merancang untuk memiliki cahaya mata.
Apa yang menjadi keutamaan ialah hidup bersama, dengan penuh ketenangan dan bahagia.
Ini jawapan dari Sabri Yunus.
“Kami dah pun berumur, saya dah masuk 62 tahun manakala isteri pula sekarang 56 tahun. Adalah tak wajar lagi untuk kami hantar anak ke sekolah dan sebagainya.”
“Jika mahu mempunyai anak tu, biarlah kita ni mampu dari segi kesihatan dan juga kewangan. Tidak perlu kita harus menyusahkan hidup kita jika tidak mampu dah.”
“Untuk sekarang ni, biar usia tua kami berada di dalam keadaan gembira, tiada sebarang bebanan. Kesian saya kepada warga emas yang terpaksa menjaga cucu mereka. Itu pun menyusahkan mereka.”
Isteri Sabri Yunus iaitu Angeline Tan atau Ardini, juag bersetuju dengan pendapat suaminya itu.
Apatah lagi, kedua dua mereka dah pun ada anak mereka sendiri hasil perkahwinan terdahulu.
“Lagipun kami berdua ni masing-masing dah ada anak. Namun saya tak ada nak membezakan, anak Sabri ibarat anak kandung saya.”
“Kami berkahwin untuk berteman, kami pergi ke mana-mana saja bersama sama. Kami saling menjaga antara satu sama lain. Bagi saya itu adalah lebih manis.”
Itulah jawapan dari Sabri Yunus dan juga Angeline Tan apabila disoal tentang anak.
Memang benar apa yang diperkatakan, di usia sedemikian, jika berkahwin, kebahagiaan adalah keutamaan dari hal lain.
Mendapat pasangan sebagai teman memmang amat membahagiakan.
Semoga bahagia selalu buat Sabri Yunus dan juga Angeline Tan.