Jutawan muda, Khairul Aming pilih bebas hutang

3,570 views

Ahli perniagaan yang juga influencer, Khairul Aming kini tampil dengan produk keduanya iaitu Dendeng Nyet. 

Selepas kejayaan Sambal Nyet, kini muncul pula sensai Dendeng Nyet. 

Hanya perlukan 3 minit, semuanya dah habis terjual, sebnyak 80ribu unit. 

Ini sememangnya satu kejayaan yang amat mengagumkan, yang wajar dijadikan ikutan anak muda di Malaysia. 

Sudah bergelar jutawan muda, Khairul Aming sememangnya seorang yang bijak dalam menguruskan kewangannya, financial management. 

Ramai fikir, jika mempunyai kewangan yang kukuh, Khairul Aming akan mempunyai kereta mewah, rumah yang gah, tetapi ternyata itu tak berlaku. 

Sehingga kini, Khairul Aming memiliki kereta Bezza, sebuah kereta MPV dan tidak membeli rumah. 

Kereta Bezza itu pula telah diberikan kepada keluarganya. 

Asetnya lebih kepada perniagaan, iaitu dengan memiliki kilang saja. 

Khairul Aming memilih untuk bebas hutang.  

Baginya, dia memilih untuk mengusahakan perniagaannya sebaik mungkin. 

“Saya melabur dalam business, duit daripada situ akan berkembang untuk diniagakan semula.” 

Khairul Aming juga lebih memilih untuk membeli barangan peribadi, dan jika tak perlu dia tak akan membelinya. 

“Untuk bab business ni, saya tak berkira sangat. Contohnya kalau staff mahu mesin yang bagus, okey saya akan cuba dapatkan.” 

“Tetapi kalau barang untuk barang sendiri, saya pergi kedai, dan tengok ianya mahal saya akan letak semula.” 

Perniagaan semakin maju, Khairul Aming menyatakan, dai dah berusaha lama untuk capai ke tahap ini, dan akan terus berusaha.  

“Nak tidur dengan tenang, itu saja.” 

“Dah enam tahun lebih saya tak cukup tidur, saya berhempas pulas untuk membina perniagaan saya ini.” 

Kini, sebagai seorang bos, Khairul Aming mempunyai tanggungjawab yang baru. 

“Sekarang ni pun saya ada tanggungjawab baru. Kena fikir untuk menjaga prestasi perniagaan, pendapatan dan juga staf saya.” 

“Memang saya ni jenis yang tak boleh nak duduk atau diam saja.” 

“Contoh lagi, jikalau untung rendah, saya akan buat sesuatu untuk naikkannya semula, buat video ke.” 

Khairul Aming juga pernah berkata dia mahu membahagiakan keluarganya dulu.

“Kita raikan mak, bahagiakan dia dulu, baru bahagiakan ornag lain.” 

Selepas Dendeng Nyet diperkenalkan, kini Khairul Aming kembali ke ibu kota untuk merakamkan semula video yang dinanti ramai iaitu projek video 30 hari 30 resepi sempena bulan Ramadhan yang akan datang.