Pemain bola sepak, Faisal Halim telah menjalani pembedahan pertamanya semalam ekoran disimbah asid pada hari Ahad yang lalu.
Faisal kemudian telah disahkan mengalami lecur tahap keempat selepas menjalani pembedahan tersebut.
Tahap ke empat bermakna asid berkenaan bukan saja memberi kesan di luaran, kulit dan juga otot, malah telah memberi kesan sehingga saraf dan tulang.
KENYATAAN KELAB SELANGOR, KEADAAN TERKINI FAISAL
Hal ini disahkan oleh wakil kelab diwakili oleh Faisal iaitu Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Ketika melawat pemain berkenaan, Faisal dilihat ada kesukaran sedikit dari segi percakapan dan juga pergerakan, agak terbatas.
“Keadaan dia agak krtitikal. Doktor pakar sahkan ia bukan melecur tahap dua tetapi sebenarnya dah tahap empat.”
“Faisal akan jalani beberapa lagi pembedahan yang akan ditentukan doktor.”
“Pergerakan dan percakapan Faisal terbatas sebab kesan di bahagian muka, di pipi, hidung dan mulut. Juga ada kesan di badan dan tangan sebelah kiri agak teruk, itu yang jejaskan pergerakannya. Sarafnya juga terkesan dan tidak rasa dibahagian tangan.”
DIMASUKKAN KE ICU
Dalam pada itu, Faisal kini telah dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dipantau rapi oleh pihak perubatan.
“Dia akan berada di unit ICU mungkin selama 10 hari.”
KATA-KATA FAISAL HALIM
Ketika Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin bertemu dan berbicara dengan pemain berkenaan, Faisal Halim ada meluahkan rasa hatinya dan tertanya mengapa dirinya diperlakukan sedemikian rupa.
“Dia cakap, apa salah saya Datuk, mengapa saya kena sebegini. Dia menangis dalam keadaan kesakitan.”
RISIKO MUNGKIN BERSARA AWAL
Dalam satu kenyataan, seorang pengguna bernama Ismael Wong mendedahkan bahawa, pemain wing berkenaan perlukan enam bulan untuk kembali pulih.
Jikalau tidak berjaya, sememangnya ada kemungkinan Faisal akan bersara awal dari kerjayanya.
“Info terbaru Faisal Halim, kini dia sedang bertarung nyawa di ICU kerana lecur bahan kimia tahap empat di lengan dan muka.”
“Tempoh untuk dalam enam bulan sekiranya dia berjaya harungi tempoh kritikal ini.”
“Tiada garis masa untuk kembali beraksi, malah berkemungkinan besar terpaksa bersara awal.”
Itulah kenyataan terkini tentang Faisal Halim.
PELAKU DITAHAN
Dua individu yang disyaki menjadi dalang menyimbah asid kepada Faisal Halim telah pun ditahan pihak berkuasa.
Semalam seorang lelaki di tahan polis dan hari ini seorang lagi suspek telah berjaya ditahan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis.
Sama-sama kita doakan Faisal Halim akan sembuh dan semua yang terlibat akan menerima dakwaan dan dibawa ke muka pengadilan.