Kronologi kes Safiq Rahim diserang dua individu

617 views

Selepas Akhyar Rashid dan Faisal Halim, semalam, seorang lagi pemain bola sepak telah diserang. 

Bekas captain pasukan bola sepak Malaysia yang kini bermain di JDT iaitu Safiq Rahim terlibat dengan satu insiden di Johor Bahru semalam. 

Pemain berumur 36 tahun itu sedang memandu sebelum cermin keretanya telah dipecah oleh dua individu yang menaiki motorsikal. 

Safiq telah pun membuat satu laporan kepada pihak polis semalam. 

Yang lebih mencemaskan, individu berkenaan sempat menunjukkan tukul besi kepadanya selepas memecahkan kereta Safiq. 

Ini kenyataan dari Safiq Rahim menerusi laporan polis yang dibuatnya. 

“Pada 7 Mei 2024, sekitar jam 10 malam, saya selesai ambil barang di JDT training center.” 

“Saya sedang memandu kereta Honda City dan secara tiba-tiba sebuah motorsikal telah meluru ke arah kereta saya dan pembonceng dilihat keluarkan tukul besi lantas mengetuk cermin belakang kereta saya.” 

Safiq yang dalam keadaan terkejut terus berhentikan keretanya, dan individu berkenaan turut berhenti dan menunjukkan tukul kepada Safiq.  

“Hentakan di cermin itu membuatkan saya terkejut dan terus berhentikan kereta.”  

“Kemudian dua orang berkenaan telah berhenti didepan sambil tunjuk tukul ke arah saya.” 

“Akibat berasa takut saya telah megundurkan kereta saya dan mereka terus beredar dari lokasi selepas itu.” 

Kerasa risau, Safiq terus membuat laporan polis.  

“Saya datang ke balai polis untuk buat report dan amat bimbang akan keselamatan diri saya dikemudian hari.” 

Safiq Rahim juga mutanaik keadaan keretanya yang telah dipecahkan cermin belakang. 

Ini report polis yang dibuat oleh Safiq.

Kejadian ketiga melibatkan pemain bola sepak berprofil tinggi tanah air ini amat membimbangkan orang ramai. 

Susulan kejadian menimpa Safiq Rahim itu, pasukan bola sepak JDT telah membuat kenyataan dan mengambil tindakan mengetatkan lagi kawalan keselamatan kepada para pemainnya.