Hidayah tunjuk surat mahkamah, kes dengan keluarga Ali Puteh belum selesai

18,274 views

Isu antara balu arwah Abam iaitu Hidayah dengan ahli keluarga Ali Puteh rupanya masih lagi belum berakhir. 

Masih ada lagi isu yang belum selesai rupanya. 

Hal ini diketahui umum setelah Hidayah muatnaik satu paparan kertas iaitu surat dari pihak mahkamah. 

Melalui surat berkenaan, tertera plaintif iaitu nama kakak kepada Ali selain nama Ali dan Hidayah sebagai defendan. 

Hidayah menulis agar dirinya diberikan kekuatan untuk kes yang akan datang ini. 

Jelasnya, kes ini bukanlah kes harta pusaka kerana semua pihak dah pun terima bahagian masing-masing. 

“Ada lagi, semoga aku akan kuat dan dipermudahkan urusan.” 

“Harta pusaka dah dapat bahagian masing-masing, ni kes lain pula.” 

“Tak apa, nanti korang akan tahu kes apa nanti.” 

PENJELASAN DARI ALI PUTEH 

Ekoran pendedahan ini, ramai yang telah datang ke sesi live Ali Puteh lantas bertanyakan tentang isu apa pula kali ni. 

Ali akhirnya menjelaskan bahawa Hidayah sebenarnya telah menuntut bahagian tanah, yang kini merupakan tempat tinggal kakaknya. 

Jelasnya, Hidayah meminta tanah itu untuk difaraidkan disebabkan penama di geran tanah tertulis nama arwah suaminya. 

Ali ada menjelaskan bahawa, tanah itu telah dibeli kakak dan arwah Abam semasa Abam masih bujang.  

Mereka juga ada bukti surat jual beli di mana separuh tanah dibeli kakak, manakala separuh lagi arwah Abam. 

Oleh kerana nama di geran tak ditukar nama, dan Abam pula meninggal dunia, segala urusan menjadi rumit. 

Ketika sesi live itu, Ali mempersoalkan di mana hati budi Hidayah yang sanggup mengambil tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan. 

“Mana hati budi kau, yang kakak aku ni, ada keluarga, kau nak faraidkan tanah dan rumah kakak aku ni, kakak aku nak duduk mana.” Kata Ali. 

Ali juga berkata, Hidayah sengaja meraih simpati dengan muat naik dokumen mahkamah ke laman media walhal semasa prosedur berlangsung, Hidayah tak hadirkan diri dan sedang bercuti di Pulau Pinang.