Datuk Chef Wan minta maaf, tapi masih disiasat polis

443 views

Chef terkenal, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan, tak menyangka gurauannya mengguris hati ramai pihak. 

Komen tentang pakaian yang dikenakan oleh pelakon antarabangsa, Aishwarya Rai di sebuah festival filem, telah menjadi tumpuan ramai. 

Chef Wan telah menyamakan pakaian yang dipakai oleh pelakon berkenaan umpama upacara ketika perayaan Thaipusam. 

“Dia bawa Kavadi, sedang menuju ke Batu Cave untuk perayaan Thaipusam.” Tulis Chef Wan diikuti emoji sedang gelak. 

Melihat komen berkenaan, ada yang mengatakan tak wajar chef berkenaan untuk menulis sesuatu yang melibatkan upacara agama kaum lain. 

Ini komen berkenaan. 

PERMOHONAN MAAF CHEF WAN 

Melihat ramai yang terasa, akhirnya Chef Wan tampil memberi responnya. 

Kata tukang masak berumur 66 tahun itu, dia tak ada niat untuk permainkan agama lain. 

Dengan itu, Chef Wan telah pun memohon maaf di atas penulisannya itu.   

“Bukanlah niat saya untuk bersikap perkauman atau burukkan agama lain. Sebagai seorang chef selebriti, saya sentiasa hormati semua budaya dan juga agama.” 

“Saya ambil kesempatan ini untuk buat permohonan maaf kepada semua penganut agama Hindu sebab telah membuat kenyataan berkenaan. Saya minta maaf.” 

Tentang baju Aishwarya Rai, dia hanya bergurau dan melihat pakaian berkenaan, terus teringat tentang kavadi. 

“Fikiran saya terus saja teringat material yang digunakan oleh designer yang selalu kita nampak di perayaan Thaipusam kavadi yang di Batu Caves.” 

“Ramai pengikut saya komen nampak macam bulu burung merak. Saya menganggap buruk merak itu cantik. Saya tidak berniat langsung untuk hina, permainkan agama lain.” 

“Saya hanya berjenaka dan cakap jujur akan tetapi komen saya disalah tafsir, sampaikan kini polis pun dah siasat kerana ada yang buat report.” 

Chef Wan akui, dia amat terkejut dengan reaksi orang ramai tentang komennya itu.  

“Saya tak tahu nak ketawa atau menangis. Jujur saya rasa rakyat Malaysia sekarang ni teramat sensitif dalam banyak perkara.” 

“Saya amat percaya dengan kebenaran dan niat jujur kita, Allah mengetahuinya dengan baik. Tak perlu takut kalau kita tak ada buat kesalahan.”  

“Namun kalaulah benar telah melakukan sekilapan, kita harus dengan jujur minta maaf secara terbuka.” 

Untuk info, pihak polis telah  mengesahkan Chef Wan kini sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman kerana komennya itu. 

Satu laporan polis telah dibuat keatas Datuk Chef Wan.