Jatuh sakit di Tanah Suci, Datin Alyah dimasukkan ke hospital

374 views

Isteri kepada Datuk Ramli Ms iaitu Datin Alyah telah pun pergi ke tanah suci untuk mengerjakan haji. 

Namun, ujian datang tidak dijangka buat penyanyi berumur 43 tahun itu. 

Alyah telah jatuh sakit dan pulang lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. 

Jadual mulanya menyatakan Alyah akan pulang pada tarikh 17 Julai, namun kini penyanyi berkenaan telah pun dibawa pulang balik ke Malaysia. 

Alyah alami batuk yang berpanjangan selama dua minggu, sepanjang mengerjakan haji. 

Sebaik saja tiba di Malaysia, Alyah telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. 

Kerana batuk yang terlalu lama sehingga memudaratkan dirinya, Alyah terpaksa pulang lebih awal.  

“Saya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 4 Julai yang mana patutnya saya pulang pada 17 Julai 2024.” 

“Kena symptom batuk tak hilang-hilang hampir dua minggu dan setiap kali batuk rusuk kiri saya rasa macam mencucuk.” 

“Doktor ada beri ubat tahan sakit sepanjang penerbangan pulang dan mendapatkan rawatan sejurus pulang ke Malaysia.” 

Alyah turut menunjukkan keadaan dirinya yang kini berada di hospital untuk jalani rawatan. 

Penyanyi ini turut meminta maaf kepada semua yang cuba hubunginya dan meminta mendoakan dirinya. 

“Ketika ini saya berada di wad di hospital, kepada sesiapa yang ada call saya tak dijawab atau mesej whatsapp tak jawab saya minta maaf sangat.” 

“Doakan saya harap i keputusan xray dan darah saya tiada apa-apa.” 

“Buat sementara ini, saya off kan phone dulu ye.” 

Untuk info, Datin Alyah telah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan haji pada 12 Jun lepas. 

Sebelum itu, pada bulan Jun lalu, Alyah telah menarik diri dari sebuah rancangan realiti setelah dirinya dipanggil sebagai tetamu untuk mengerjakan haji pada tahun ini.