Ini jawapan dari Dr Jezamine, failkan penceraian dari Harith Iskander

414 views

Semalam telah disahkan bahawa Dr Jezamine Lim telah pun menfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya pelawak terkenal, Harith Iskander. 

Dr Jezamine dilihat berada di mahkamah Wilayah Persekutan untuk failkan permohonan berkenaan dan kes tersebut akan disebut dalam masa terdekat. 

Berita ini buat ramai tak sangka, rupanya mereka berdua mempunyai masalah rumah tangga. 

Melalui laporan portal Awani, Dr Jezamine, 41 tahun, telah mengesahkan hal berkenaan. 

Wanita yang berketurunan Cina dan India ini, telah membuat permohonan berkenaan kira-kira sebulan yang lalu namun tak ingat tarikh sebenar. 

“Memang betul, saya dah memfailkan penceraian. Saya tak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat namuan ianya lebih kurang satu bulan lalu.” 

Ditanya tentang punca mengapa berbuat sedemikian, ini jawapan dari Dr Jezamine.  

“Untuk sekarang ni, saya belum ada sebarang komen. Mungkin nantilah saya akan ceritakannya. Mungkin lepas our court hearing.” 

Ada juga gambar Dr Jezamine berdiri bersama peguamnya di depan dewan mahkamah lengkap berjubah dan bertudung berwarna hitam. 

Peguam yang dilantik Dr Jezamine ialah Datuk Akberdien Abdul Kadir, yang pernah mewakili Puteri Sarah dan juga Hafidz Roshdi. 

Dr Jezamine memang seorang wanita yang berjaya, merupakan doktor perubatan lepasan MBSS Manipal, bergelar model dan memiliki PhD dalam jurusan kejuruteraan tisu stem sel. 

Sementara itu, pihak media juga ada hubungi bintang Lawak Ke Der iaitu Harith Iskander untuk bertanya tentang hal penceraian yang difailkan isterinya. 

Ini jawapan dari pelawak berumur 58 tahun itu.   

“Saya tak ada sebarang komen tentang hal itu.”   

Untuk info Harith dan Jezamine telah berkahwin pada bulan Jun tahun 2010. 

Sepanjang14 tahun berkahwin, kedua dua mereka mempunyai tiga orang anak yang berumur 14 sehingga 9 tahun.  

Apapun, doakan yang terbaik buat Harith Iskander dan juga Dr Jezamine, semoga segala urusan akan dipermudahkan.