Kronologi penuh dan suspek kes Farah Kartini

13,894 views

Satu berita yang amat menduka citakan apabila seorang wanita yang hilang pada 10 Julai yang lalu iaitu Nur Farah Kartini, disahkan telah meninggal dunia. 

Farah, 25 tahun, ditemui sudah tidak lagi bernyawa pada jam 6 petang, di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kuala Kubu Baru di daerah Hulu Selangor, yang sememangnya berhampiran dengan Tanjung Malim. 

Pihak polis telah mengesahkan hal berkenaan dan satu tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki, yang merupakan penjawat awam berumur 26 tahun. 

KRONOLOGI KES FARAH KARTINI 

Kisah kehilangan Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak ini, bermula pada 11 Julai yang lalu apabila keluarga Farah melalui abangnya, Mohd Farizza membuat report polis setelah adiknya tidak dapat dihubungi. 

Melalui laporan polis, Farah mula hilang dan tak dapat dihubungi sejak hari Rabu, 10 Julai 2024. 

Lokasi terakhir Farah sebelum hilang ialah di Taman Universiti Tanjung Malim, Perak. 

Dikatakan, sebelum hilang, Farah sedang bekerja dengan menghantar kereta sewa kepada seorang customer pada pagi 10 Julai. 

Sepatutnya, selepas menghantar kereta berkenaan, Farah akan pergi ke tempat kerjanya, namun tidak hadir. 

Semasa hilang, Farah memakai baju korporat berwarna biru dan berseluar slack. 

Farah merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat pencetakkan di Tanjung Malim namun ada melakukan kerja sambilan di sebuah syarikat kereta sewa. 

PENEMUAN JASAD FARAH KARTINI 

Pada 6 petang, selepas siasatan polis, akhirnya jasad Farah Kartini telah ditemui. 

Farah yang merupakan bekas graduan dari UPSI, ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Degangsa, Kampung Sri Ledang berdekatan Kuala Kubu Baru di Hulu Selangor. 

Wanita ini disahkan sudah meninggal dunia. 

Ketua Polis Selangor dalam satu sidang media berkata, hasil siasatan juga, seorang lelaki telah ditahan. 

TENTANG SUSPEK NUR FARAH KARTINI

Lelaki berumur 26 tahun disyaki suspek utama telah ditahan dan merupakan penjawat awam. 

Dikatakan lelaki berkenaan merupakan kenalan atau teman lelaki kepada Farah Kartini. 

Lelaki berkenaan telah ditahan dan akan direman pada hari ini, Selasa 16 Julai. 

Hasil penahanan lelaki berkenaan, suspek telah membawa pihak berkuasa ke kawasan ladang kelapa sawit berkenaan dan menunjukkan tempat kejadian sekaligus membawa penemuan jasad Nur Farah Kartini.

Ketika siasatan, lelaki berkenaan mempunyai beberapa luka dan juga calar.

Beberapa barangan milik suspek juga dirampas seperti telefon bimbit dan juga kunci kereta jenis Toyota.

Suspek warganegara Malaysia dan bekerja sebagai seorang anggota badan unit beruniform.

Kes disiasat dibawah seksyen 302, dakwaan membunuh. 

Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari.

Kenalan Farah Kartini direman 7 hari

REAKSI KELUARGA 

Melalui satu laporan Majoriti, abang kepada Farah iaitu Mohd Farizza ada meluahkan agar adiknya ditemui beberapa jam sebelum jasad Farah disahkan ditemui oleh polis. 

Farizza kini dikatakan akan hadir untuk melihat jasad adiknya itu untuk mengesahkan identiti adiknya. 

Farah bersama abangnya Farizza

Salam takziah buat keluarga Farah Kartini dan semoga si pelaku akan terima balasan yang setimpal.