Farah Kartini telah pun selamat dikebumikan hujung minggu yang lalu.
Sememangnya pemergian ahli keluarga tersayang sudah tentu memberi rasa yang cukup hiba terutama buat ahli keluarga.
Abang kepada Farah iaitu Mohd Farizza Azmi, akui, dirinya dan keluarga terlalu sedih.
Rasa rindu mula terbit di dalam dirinya, apatah lagi hubungan mereka sememangnya amat rapat.
Farizza ada muatnaik luahan hatinya yang amat merindui adiknya itu.
“TERLALU RINDU, RINDU SENYUMANNYA” – ABANG
“Sungguh aku teramat rindu.” Itu yang ditulis oleh Mohd Farizza di laman media sosial miliknya semalam.
Farizza turut berkongsi beberapa foto dan juga video dirinya bersama Nur Farah Kartini.
Ini foto kenangan Farizza bersama Farah Kartini.
VIDEO BERGURAU FARAH KARTINI DENGAN FARIZZA
Ini pula video kenangan ketika mereka berdua bergurau.
Tentang video berkenaan, Farizza berkata, selalunya mereka hanya bergambar bersama, tetapi ketika itu, Farah mahu membuat video trend bersama abangnya.
“Kami jarang buat video bersama, selalunya hanya gambar bersama saja.”
“Arwah adik ni manja orangnya, jadi dia nak buat video bersama saya masa tu.”
“Memang saya amat rindu dengan arwah, rindu segala-galanya pasal dia. Satu-satunya adik perempuan saya.”
“Paling rindu dengan senyumannya yang manis, masih teringat sampai sekarang ni. Saya tak akan lupa sampai bila-bila.”
“Cara adik bercakap dengan saya tak sama dengan cara dia bercakap dengan orang lain.”
“Dia ni memang manja dengan abang-abang dia, tapi saya abang yang dia paling rapat.”
Ini videonya.
NAMA PANGGILAN FARAH KARTINI DI KALANGAN KELUARGA
Farizza mendedahkan, Farah Kartini lebih mesra disapa dengan nama panggilan Nono di kalangan keluarganya di Miri Sarawak.
“Kami satu keluarga panggil dia Nono. Nama tu kalau cakap, memang orang tak akan tahu. Sebab hanya abang-abang dengan mak saja yang panggil dia Nono.”
KENANGAN TERAKHIR DI HARI RAYA HAJI
Kali terakhir Farah Kartini pulang ke kampung halamannya di Sarawak ialah ketika sambutan hariraya Aidiladha yang lalu.
“Hari raya haji tu last kami berjumpa, katanya nak sangat masak untuk keluarga. Tidak tahulah mengapa dia bersungguh sangat nak masak masa tu.”
“Sebenarnya Farah ni tak lah selalu masak sebab jika balik kampung di Miri, mak yang selalunya akan masak.”
“Hari tu dia masak laksa Sarawak. Tak sangka itu air tangannya yang terakhir dapat rasa.”
Selama 25 tahun sejak arwah lahir pun, dia tak pernah masak Laksa Sarawak, dan hari tu dia nak masak.
HANDPHONE FARAH KARTINI, PALING BANYAK GAMBAR KENANGAN
Farizza berkata, adiknya itu yang paling banyak ambil gambar dan juga video.
Oleh itu, dia amat terkilan kerana begitu banyak memory dalam phone berkenaan.
“Banyak gambar dan video kami ada dalam hand phone adik. Kalau hal tentang kamera ni, telefon arwah yang paling lawa dan cantik.”
MAK PALING SEDIH
Jelasnya lagi, sebagai ibu yang melahirkan anak, itulah insan yang paling sedih apabila Farah Kartini sudah tiada.
“Mak orang yang paling sedih. Dia amat sedih ketika tengok jasad adik ketika jenazahnya dimandikan.”
“Bila dia tengok, memang mak terlalu sedih dan dia rasa nak pengsan sebab tak sangka itu keadaan adik.”
Tambahnya, ibunya bagaikan tak percaya apabila mendapat perkhabaran bahawa adiknya sudah tiada.
“Mak memang jadi murung. Mak ada cerita dia terdengar orang panggil mak pada waktu malam ketika dia berada Miri, masa tu baru lepas terima berita kehilangan adik pada hari pertama.”
“Sampaikan mak tak ada suara dan tak boleh berdiri sebaik sahaja dengar khabar berita kematian adik.”
“Mula-mulanya mak tak nak datang ke sini kerana dia tak percaya dengan berita tersebut.”
Farizza merupakan anak ke enam manakala Farah Kartini pula merupakan anak ketujuh, yang paling bongsu dan satu-satunya adik perempuan.
Jasad Farah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan Pekan, Pahang yang juga merupakan kampung halaman isteri kepada Farizza.
Sama-sama kita doakan buat Nur Farah Katini Abdullah.