Ini yang berlaku apabila abang Farah Kartini bertemu dengan suspek

1,186 views

Mohd Farizza iaitu Abang kepada Nur Farah Kartini memberitahu dia ada berjumpa lelaki yang juga suspek kes adiknya itu. 

Dalam satu temubual dalam rancangan 999, Farizza bertemu dengan suspek beberapa hari selepas kehilangan adiknya itu.  

Pertemuan berlaku di sebuah kedai makan. 

Jelasnya, semasa berjumpa, lelaki berkenaan kelihatan seperti seorang yang meragukan, dilihat takut-takut. 

“Saya ada berjumpa dia di sebuah kedai makan. Saya tanya kat dia, ada tak dia ambil adik, kalau ada pulangkan adik saya.” 

“Lepas tu suspek kata yang dia tak tahu. Saya tanya dia, tak ada rasa nak cari adik saya ke. Dia kata dia ada cuba nak cari.”  

“Masa tu dia nampak takut-takut. Rupa-rupanya dia dah bunuh arwah dah masa tu.” 

Kata Farizza lagi, dia tahu bahawa adik berjumpa dengan lelaki berkenaan sebelum hilang. Suspek orang terakhir bersama adiknya.   

Semasa berjumpa, dia tanya pelbagai soalan kepada suspek, namun jawapan yang diberi amat mencurigakan. 

Ini termasuklah tidak beri tengok phone dan juga mendakwa rakaman dashcam sudah tiada. 

“Saya nak jumpa dia kerana saya tahu dia orang yang terakhir bersama arwah adik.” 

“Macam mana saya tahu, ianya melalui rakaman kamera litar tertutup CCTV tempat arwah bekerja.” 

“Saya juga nak minta tengok perbualan suspek bersama arwah adik di telefon namun dia kata dah padam semua perbualannya.” 

“Nak minta tengok rakaman kat dashcam pun dia kata video footage dalam kereta dah hilang. 

Paling menyedihkan, Farizza berkata lelaki berkenaan sempat berkata hal yang tak baik tentang adiknya.  

“Semasa kami jumpa itu dia banyak memburukkan adik saya.” 

Itulah cerita dari Mod Farizza ketika bertemu dengan suspek yang juga kenalan kepada arwah adiknya, Nur Farah Kartini.