Ozlynn Wati bertudung, bersama suami Johan
Ozlynn ambil keputusan bertudung selepas pulang Haji

Ozlynn bertudung selepas pulang menunaikan Haji

701 views

Johan dan isterinya Ozlynn Waty telah pun selamat menunaikan Haji pada tahun ini. 

Selepas pulang dari tanah suci, Ozlynn dilihat telah terus kekal memakai tudung. 

Namun begitu ada juga yang tertanya sama ada, ianya akan terus berkekalan mahu pun sebalik. 

Menerusi satu temubual bersama Kosmo, Ozlynn berkata, dia dah pun ada terdetik untuk bertudung sejak beberapa tahun lepas. 

Akan tetapi, ketika itu tercetus kebimbangan dalam dirinya akan persepsi serta pandangan orang ramai terhadap dirinya. 

Sudah berumur 42 tahun, Ozlynn berkata dia hanya menunggu hidayah daripada Illahi untuk berubah dan terus bertudung. 

“Sebenarnya sudah ada terdetik beberapa tahun lalu namun masa tu saya rasa orang akan berkata, nanti esok-esok dia buka balik la tu.” 

“Dalam pada itu, suami selalu kata jangan asyik memikirkan tentang orang, lebih baik fokus fikir diri sendiri.” 

“Tak apa saya nak rasa keajaiban daripada Nya, maknanya nanti bangun dan tiba-tiba terus pakai.” 

Namun begitu, setelah dijemput ke Tanah Suci pada tahun ini, ianya menajdi permulaan untuk Ozlynn terus berhijab.   

“Apabila saya pergi menunaikan haji tahun ini, itulah penamatnya sebab haji adalah rukun islam yang kelima maknanya itu merupakan final call daripada Allah.” 

“Kalau boleh memang dah tidak nak dah mendedahkan aurat, sudah bersedia untuk semuanya.” 

Ibu kepada enam orang cahaya mata ini berkata, dia mula mengenakan tudung seminggu sebelum berangkat menunaikan haji.  

“Satu minggu sebelum dapat tawaran pergi haji, saya dah pakai tudung ke kelas agama. Masa itu saya rasa saya sudah bersedia. Kemudian barulah dapat tawaran untuk pergi haji.” 

“Saya cakap dengan suami saya, Johan, Allah dengar apa yang saya cakap? Saya terfikir apa kebaikkan yang kami buat sampai Allah beri seperti ini? Mungkin ada benda yang kita tak perasan.” 

Itulah komen dari Ozlynn Wati setelah memakai tudung apabila pulang dari Tanah Suci. 

Semoga Ozlynn akan terus istiqamah dan terus memakai hijab, menutup auratnya selepas ini, sama-sama kita doakan.