Ibu, adik beradik, keluarga Shila Amzah kembali berbaik

419 views

Air yang dicincang tak akan putus, itulah perumpamaan paling tepat melibatkan hubungan keluarga Shila Amzah. Hubungan Shila Amzah dan ibu serta adiknya Syada Amzah dilihat kembali jernih. 

Hubungan mereka bertaut semula jelas kelihatan apabila keluarga Shila Amzah dilihat hadir di  majlis akikah Rhea Akira

Rhea Akira merupakan anak kepada Shila Amzah dan juga suaminya Ubai. 

Kedua dua Fauziah Sarman dan Syada dilihat memuatnaik foto di majlis berkenaan. 

Apa yang paling mencuri perhatian ialah jelas terpapar kegembiraan seorang ibu yang amat merindui anaknya. 

Malah mereka juga ada bergambar bersama berdua, berselfie. 

Fauziah yang dikenali dengan nama Mamazie telah meletakkan tanda love di foto yang dimuatnaiknya. 

Ini gambar sekitar majlis aqiqah Rhea Akira, anak kedua Shila Amzah. 

Fauziah bersama baby Rhea Akira

Untuk info, kisah keluarga Shila Amzah mula jadi bualan pada tahun lalu. 

Ianya melibatkan kisah penjualan rumah banglo yang diduduki oleh ibu Shila bersama adik beradiknya,  

Shila dikatakan mahu menjual rumah berkenaan dan mencari rumah baru yang lebih keicl dan lebih selesa untuk ibunya. 

Namun ianya dilihat tidak disetujui oleh adiknya iaitu Syafiq dan juga Syada. 

Kisah mereka menjadi bualan ramai sehingga hubungan mereka dilihat renggang, apabila Shila Amzah dan Syada meluahkan perasaan yang terbuku di hati mereka. 

Baca kisah isu mereka ini di sini

Apapun, syukurlah hubungan dah kembali jernih, dan diharapkan agar hubungan Shila Amzah dan keluarganya ini akan terus kuat lebih dari sebelum ini.