Satu lagi berita baru telah diterima apabila pelakon Emma Maembong sah sudah bercerai dengan suaminya Shazli Azhar.
Emma, 32 tahun mengesahkan hal berkenaan menerusi satu temubual dengan portal Harian Metro semalam.
Jelasnya lagi, kini dia pun sudah habis tempoh edah namun tidak mendedahkan tarikh sebenar perpisahan dia dan bekas suami.
KENYATAAN EMMA
“Memang benar, ye kami dah cerai dan saya sudah tamat tempoh idah.”
Mahu move on dengan hidupnya, Emma tidak mahu berbicara kisah peribadinya termasuklah punca berpisah dan juga kisah aib antara dirinya dan juga suami.
“Saya sebolehnya mahu tutup kisah peribadi saya walau saya ada dapat banyak panggilan telefon dari media sebelum ini.”
“Pada pendapat saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut kita nak banggakan dan sebab itu saya mengambil langkah hanya untuk berdiam diri dan tak cerita kepada orang luar mahupun buat pengumuman tentangnya.”
“Akan tetapi oleh sebab saya dapat banyak panggilan media, saya rasa dah sampai masa untuk beritahu kepada umum agar tak da lagi lah yang tanya.”
“Perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu kena tempuh.”
Walaupun bukan lagi suami isteri, hubungan Emma dan juga Shazril masih lagi baik, malah ada lagi gambar mereka berdua di laman Instagram.
“Saya masih upload photo dengan bekas suami di Instagram, tujuannya pun untuk jaga emosi terutama untuk anak-anak gar mereka tak terkesan dengan perpisahan kami.”
“Saya mahu anak-anak tengok keluarganya masih bahagia.”
“Walaupun dah tidak bersama sebagai suami isteri, hubungan kami masih baik.”
“Masing-masing menerima perceraian ini dengan lapang dada dan matang.”
“Bagi kami, ini merupakan dugaan dan proses untuk baiki diri.”
“Fokus kami untuk membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Kini pun, kami masih lagi buat aktiviti kelaurga bersama dengan anak-anak.”
Itulah kenyataan Emma Maembong sah sudah bercerai dan tamat tempoh edah.
KENYATAAN SHAZLI
Shazli ketika dihubungi ada memberi respon ringkas tentang perpisahannya dengan Emma Maembong.
“Kita ni hanya mampu rancang, tentang soal jodoh, ajal semua di tangan Tuhan, dialah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Emma Maembong dan Shazli berkahwin pada 2020 dan mempunyai dua orang anak.