Ini perkembangan terbaru tentang kisah Dewi, Jofliam, Cik Epal. Untuk yang tak tahu, Jofliam dan Cik Epal merupakan influencer terkenal manakala Dewi pula merupakan pekerja di kedai pizza wagyu milik Jofliam.
Dewi telah terpalit sebagai individu yang menjadi punca perkahwinan Jofliam dan Cik Epal retak dan akhirnya berpisah.
Menerusi satu temubual di Astro Gempak, Dewi tampil menceritakan sisi cerita di pihak dirinya.
Ini kisah, pendedahan Dewi Jofliam Cik Epal.
SIAPA DEWI
Kata Dewi dia sebenarnya merupakan PA kepada Jofliam.
“Saya di sini nak ceritakan apa yang berlaku dalam masa 4 bulan itu. Harap ini akan menjawab persoalan netizen.”
“Nama penuh Emira Delyati Dewi, tapi saya guna anma Dewi di tempat kerja. Saya sebagai PA kepada Jofliam. Selain itu saya juga frontliner dan juga part time cabin eksekutif dan juga ada business owner, buat baking dengan ibu saya.”
“Saya selalu kerja di hujung minggu, jadi pada hari Isnin hingga Jumaat saya kerja di tempat lain.”
JAWAPAN DILABEL PENYONDOL
Menjawab dakwaan dilabel sebagai orang ketiga, ini jawapannya.
“Ini kenyataan saya, yang akan panjang. Selepas pulang dari Jepun, team pizza, mereka beri layan yang agak dingin.”
“Saya hanya kerja dan kemudian balik, saya hanya mahu gaji.”
“Kemudian saya ditugaskan ke Copenhagen, untuk uruskan hal di sana. ”
“Ketika di sana, Jofliam ada berjumpa dengan saya dan salah seorang pekerja pizza bernama Adam untuk ketahui hal sebenar.”
“Adam memberitahu, isteri Jofliam (Cik Epal) ada bertanya tentang apa sebenarnya hubungan saya dan Jofliam.”
“Ini kerna ada beberapa sebab antaranya saya dapat komisyen di Jepun.”
“Selain itu, ada juga isu tentang bendera yang dipasang.”
“Lepas dua minggu pulang, saya pun nak berhenti kerja, sebab masa tu mental tak baik.”
Jofliam juga meminta Dewi untuk kembali berkerja. Ini kerana Dewi tidak ada buat sebarang kesalahan dan tidak perlu berhenti.
Selain itu, Jofliam itu memberitahu staff bahawa ketika itu, akibat dari fitnah berkenaan, dia dan isterinya iaitu Cik Epal juga sudah berpisah.
KISAH BERTEMU DENGAN CIK EPAL
Selain itu seminggu sebelum ke Milan, Jofliam ada meminta untuk Cik Epal bertemu dengan Dewi.
Dewi tidak mahu bertemu kerana ketika itu Cik Epal telah menyiasat kisah hidup Dewi.
“Semasa tu saya memang berat hati nak jumpa, sebab dia dah korek semua kisah saya, terutama dari budak pizza. Dia juga ada cerita kisah aib saya kepada semua orang.”
“Tapi kemudian, Jo mesej lagi, sebab Cik Epal masa tu mahu meminta maaf kepada Dewi.”
“Masa tu saya dihadiahkan beg Prada, dan itu kerana untuk menebus apa yang berlaku.”
“Dan saya ada post gambar beg itu dan tag Jofliam, dan itu disuruh oleh Cik Epal.”
“Ketika berjumpa dia menangis, dia kata dia minta maaf, dan saya dah buat awak macam-maca sampai hancur rumah tangga saya.”
“Masa tu Cik Epal berkata dia takut dan tak mahu kehilangan Jofliam. Tapi masa tu Jo dah tak percayakan dirinya.”
“Dia tak nak kehilangan Jo sebab Jo tak curang dan semuanya sebab fitnah.”
CIK EPAL TAWAR DEWI JADI ISTERI KEDUA JOFLIAM
“Kemudian di tawarkan saya untuk jadi isteri kedua. Kemudian saya kenapa diri saya.”
“Yang pertama, dia kata, semasa semua yang berlaku, hanya Dewi yang percayakan dan support Jo.”
“Dan kedua sebab saya rapat dengan anak-anak mereka.”
“Ketiga, sebab Jo dah lama kenal dan berkerja Jo.”
“Kemudian Cik Epal berkata, yang keempat ialah Dewi merupakan hadiah kepada Jo untuk menebus.”
“Tapi saya berkata, dia tak ada perasaan kepada Jo.”
Ini video penuh temubuat Dewi di portal Gempak.
Itulah kisah pendedahan Dewi, Jofliam, Cik Epal, dan ini merupakan kisah dari side Dewi.