Nampaknya kisah melibatkan influencer Cik Epal (bekas isteri Jofliam) dengan wanita bernama Dewi dilihat semakin berpanjangan.
Sebelum ini, Dewi telah buat satu pendedahan yang mana dia mengatakan Cik Epal yang ketika itu masih menjadi isteri Jofliam, telah menawarkan dirinya sebagai isteri kedua.
Boleh baca kenyataan penuh Dewi DI SINI.
Selain itu, ada juga hantaran dari Dewi yang mengatakan Cik Epal sebagai punca keretakkan rumah tangganya dengan perkahwinan terdahulu.
Pada mulanya, Cik Epal dilihat tidak ambil peduli akan hal ini, namun kerana melihat hal ini menjadi semakin besar, akhirnya Cik Epal mengambil tindakan.
Cik Epal membuat satu tindakan berdasarkan undang-undang ke atas Dewi atau nama penuhnya Emira Delyati Dewi.
Blogger yang amat terkenal ini, membuat tuntuan permohonan maaf dari Dewi serta menuntut gantirugi sebanyak RM1juta di atas kenyataan yang dibuatnya.
Ini kenyataan Cik Epal saman Dewi.
“Setelah bersabar namun ditekan-tekan, akhirnya aku buat keputusan menjadi Epaliah Samaniah.”
“Aku sudah hantar notis tuntutan kepada Dewi melalui peguam. Aku tuntut Dewi buat permohonan maaf terbuka dan bayar gantirugi RM 1 juta.”
Ini salinan surat notis Cik Epal saman Dewi berkenaan.
Cik Epal dan bekas suaminya Jofliam sememangnya antara figura yang amat terkenal di laman media sosial dan mempunyai pengikut tersendiri.
Kedua dua mereka mempunyai pengikut yang ramai. Jofliam juga terkenal sebagai pembuat pizza wagyu di Malaysia.
Dewi pula dikatakan pekerja di kedai pizza Jofliam, merangkap PA nya.