Que Haidar dan Linda Jasmine cerai talak satu - News Tel

Que Haidar dan Linda Jasmine cerai talak satu

1,690 views

Pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine disahkan sudah pun berpisah dn bercerai dengan talak satu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga. 

Hal ini disahkan sendiri oleh pelakon dan pengarah berumur 45 tahun berkenaan. 

Kata Que, dia melafazkan talak pada tarikh 2 Julai yang lepas, kira-kira tiga bulan yang lalu. 

“Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu. Perpisahan itu Tuhan yang tentukan, aturkan. Saya mohon semua doakan yang baik-baik untuk saya dan juga Linda. Tak ada siapa pun yang mahu bercerai, tetapi itu mungkin jalan yang terbaik buat kami.” 

Que memberitahu, walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungannya dengan Linda masih lagi baik dan memilih untuk tidak berbicara lanjut tentang hal berkenaan termasuklah punca perpisahan mereka berdua. 

“Hubungan kami berdua masih lagi baik. Kami masih kawan semua untuk anak-anak kami.” 

“Kisah rumah tangga merupakan hal yang terlalu peribadi. Perkara ini bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan untuk diri-sendiri.” 

“Kami saling sokong di antara satu sama lain, maksudnya apa yang terbaik untuk kami berdua dan juga anak-anak kami.” 

“Hal peribadi oleh itu tak ada benda yang perlu nak diceritakan. Tiada siapa yang kahwin mahu bercerai.” 

Tentang anak-anak, Que Haidar bersyukur kedua dua mereka iaitu  Ratu dan Cleopatra amat matang dalam menerima penceraian dia dan bekas isteri. 

“Hubungan kami sangat baik, kita okay. Alhamdulillah anak-anak pun dapat terima dengan matang. Tiada perbalahan antara kami berdua.” 

Que Haidar menjelaskan perkara ini semasa hadir di Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang berlangsung malam tadi. 

Untuk info, Que Haidar dan Linda Jasmine bercerai setelah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun. 

Mereka bernikah pada 14 Februari 2009 dan mempunyai dua anak perempuan iaituTengku Ratu Haidar, 15 tahun, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun. 

Que Haidar amat terkenal sebagai pelakon yang hebat manakala Linda Jasmine naik namnya ketika menjadi tenaga pengajar tarian di rancangan pertandingan realiti Akademi Fantasia. 

Latest from Hiburan


“Kanser saya stage 4, saya perlukan suami disisi” Isteri Cikgu Din

466 views

Kisah Cikgu Din kini telah menajdi tumpuan di negara ini. Dugaan demi dugaan diterima oleh cikgu ini yang kini berkhidmat sebagai guru di Sarawak. 

Cikgu Din yang mengajar subjek Pendidikan Islam, mengalami berita duka apabila isteri tersayang bernama Nur Atiqah, 30 tahun, menghidap kanser tahap empat. 

Maka, demi mendapatkan rawatan, isterinya telah pulang ke kampung halaman di Kelantan. 

Dua minggu sekali, Cikgu Din atau nama sebenarnya Izzuddin Izhar, 34 tahun, telah pulang ke Kelantan untuk memberi sokongan kepada isterinya. 

Bukan saja berkorban wang dan juga tenaga, Izzuddin akhirnya sendiri terkesan dan menerima rawatan untuk masalah kesihatan mental dan disahkan mengalami Depression Disorder. 

Yang menjadi viralnya ialah apabila permintaan cikgu ini, sebagai suami ,yang mahu bertukar sekolah dan pulang ke kampung halaman demi menjaga isteri, tidak diterima dan ditolak oleh pihak kementerian. 

Ianya mengundang kemarahan orang ramai. 

Ini kisah penuh Cikgu Din yang tular setelah dikongsikan rakannya bernama Harima. 

KENYATAAN ISTERI CIKGU DIN 

Puan Atiqah, iaitu isteri Cikgu Din telah tampil memberi kenyataan setelah kisah suaminya menjadi tular sejak semalam. 

Sebagai seorang isteri, sudah tentu Atiqah berasa amat bersedih dengan apa yang terjadi. 

Atiqah kini disahkan mengalami kanser tulang rawan iaitu Mesenchymal Chondrosarcoma sejak November tahun lepas. 

Kini kanser sudah merebak ke bahagian paru-paru dn prognosis yang diberi hanya 10 peratus saja. 

“Kanser saya disahkan sebagai agak agresif dan kini dah stage 4.”  

“Kerana faktor ini, doktor beri saranan supaya suami sentiasa berada di sisi kerana jaminan untuk saya bertahan agak tipis.” 

Kata Atiqah, suaminya sudah meminta pertukaran untuk ke semenanjung namun telah ditolak.  

“Suami dah minta pertukaran balik ke Semenanjung dari mula-mula saya didiagnos lagi tapi sampai sekarang tak ada khabar.” 

“Apabila suami pergi pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, pegawai yang berkenaan kata tak boleh.”  

“Kena tunggu 36 bulan dulu baru boleh minta tukar, walhal suami dah berkhidmat selama empat tahun sebagai cikgu kontrak tetapi hanya baru tahun lepas dapat status kekal.” 

“Dengan keadaan saya sekarang ni, memang saya benar-benar memerlukan suami di sisi.” 

CIKGU DIN ALAMI TEKANAN 

Kta Atiqah, dia sedar keadaan suaminya itu.  

“Saya sedar semua ini berpunca daripada masalah yang kami sedang hadapi.”  

“Apatah lagu suami juga perlu menanggung kos tinggi untuk penerbangan dari Sibu ke Kota Bharu, Kelantan setiap dua atau tiga minggu.”  

“Dalam keadaan saya sekarang, sememangnya kehadiran suami amat diperlukan.”  

Isteri Cikgu Din itu sedar bahaw memang ada undang atau syarat untuk pertukaran, namun mereka benar-benar memerlukannya. 

Go to Top