“No Regrets” Fazura tak menyesal bercerai

1,888 views

No regrets” Itulah kata-kata dari Fazura tak menyesal bercerai dengan Fattah Amin.

Keputusannya untuk berpisah dengan Fattah Amin tidak disesali, dan kini sudah bangkit semula.

Fazura berkata sedemikian ketika menjawab pertanyaan dari host di satu sesi temubual di rancangan hiburan negara jiran Indonesia. 

Pelakon berkenaan telah hadir ke rancangan berkenaan untuk mempromosikan lagu barunya yang berjudul Bertahan Demi Cinta. 

Di temubual berkenaan pengacara bertanya sama ada Fazura da pengalaman bertahan kerana cinta. 

Jelasnya sudah tentu ada namun dia mengakui sudah bercerai di temubual berkenaan. 

Tambahnya lagi, dia tak sesali keputusannya kerana sudah beri yang terbaik dalam tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga. 

“Of course. Sudah tentu, saya ada memperjuangkan cinta. Saya berkahwin selama tujuh tahun. Namun saya sudah berpisah dan bercerai kira-kira sebulan yang lalu.” 

“Saya tak menyesal. Saya berbangga sebab dapat bangkit semula.” 

“Untuk perkahwinan itu, saya dah memberikan yang terbaik.” 

Ini video sedutan kenyataan Fazura tak menyesal bercerai. 

@newsnugget.my #fazura ♬ original sound – newsnugget

Tentang lagu Bertahan Demi Cinta, jelasnya, ianya berkisar kisah pasangan suami isteri yang berjuang pertahankan perkahwinan mereka.  

“Lagu ini berkisar kisah lelaki dan wanita yang saling mencintai. Tentu saja dalam perkahwinan ada banyak cabaran.” 

“Ianya tentang bagaimana mereka memperjuangan dan bertahan dalam setiap rintangan itu. Sebab itu lagu ini diberi tajuk Bertahan Demi Cinta.” 

“Terima kasih semua yang beri sokongan terhadap lagu ini. Ramai yang suka.” 

“Apapun, kerana penceraian saya, ada juga yang masih berharap agar kami (dia dan Fattah) untuk berbaik semula.” 

Jom dengar nyanyian dari Fazura.

@newsnugget.my #fazura #bertahandemicinta ♬ original sound – newsnugget

Kemunculan Fazura ini merupakan pertama kali dilakukan sejak berpisah dengan Fattah Amin pada 7 Oktober yang lalu.  

Lagu berkenaan dirakam semasa Fazura dan Fattah masih lagi bergelar suami isteri.