Kenyataan dari Fazura selepas sebutan kes cerai

1,241 views

Hari ini, Fazura dan Fattah Amin telah hadir ke mahkamah setelah pelakon berkenaan menfailkan permohonan untuk bercerai. 

Selepas keluar dari kamar mahkamah, Fattah Amin ada beri sedikit update dan kenyataan dan menyatakan mereka masih lagi belum bercerai hari ini. 

Fattah tidak mengucapkan lafaz talak hari ini. 

Baca kenyataan penuh dari pihak Fattah Amin di sini

KENYATAAN PIHAK FAZURA 

Setelah keluar, Fazura telah dikerumni pihak media untuk bertanya kenyataan dari pihaknya pula. 

Peguam yang mewakili Fazura berkata kes permohonan penceraian Nur Fazura terhadap Fattah Amin ditangguh pada Oktober depan iaitu di tarikh 7 Oktober. 

Pihak Fazura ada terima satu cadangan penyelesaian daripada pihak Fattah tentang permohonan berkenaan. 

“Hari ini Fattah hadir dengan peguamnya dan kami terima satu cadangan dari pihaknya satu penyelesaian dari Fattah tentang permohonan penceraian dari Fazura.” 

“Jadi kes ini ditangguhkan sehingga 7 haribulan sepuluh nanti.” 

“Kami kena baca dulu, sebab baru dapat pada pagi ini tentang cadangan ini. Tak sedia untuk berbincang dalam masa yang singkat.”  

“Penceraian belum diputuskan lagi.” 

Peguam mewakili Fazura menyatakan, penceraian bukan berpunca dari kontroversi atau isu yang sedang tersebar tentang Fattah Amin kononnya telah berlaku curang.

Jelasnya, Fazura juga tak pernah buka cerita tentang hal sebebgitu termasuklah di dalam permohonan yang difailkan baru-baru ini.

“Fazura tak pernah pun beri sebarang kenyataan dan ianya datang dari individu lain di laman media sosial.” 

“Dalam permohonan penceraian ini pihak Fazura pun tak sebut langsung tentang hal ini.” 

Itulah kenyataan Fazura yang dibuat melalui peguamnya di perkarangan mahkamah pada pagi tadi.