Semalam pelakon Rashidi Ishak ada memberi komen tentang nanyian Fazura yang telah tular baru-baru ini. Rashidi Ishak melabel sebagai Fazura tone deaf.
Apa itu tone deaf? Sebenarnya tone deaf ini merujuk kepada individu yang tak dapat mengenal pasti nada, atau tone. Contohnya tidak tahu bunyi note muzik.
Kenyataan itu ditulis oleh Rashidi melalui platform Thread miliknya.
Rashidi yang juga seorang musician, menambah, Fazura sewajarnya mengikuti kelas vokal untuk belajar dan mengasah lagi bakatnya dalam bidang nyanyian.
“Saya ada tengok persembahan nyanyian Fazura di Jakarta tu, manager dia patut beritahu dia untuk dapatkan guru vokal.”
“Dia seorang tone deaf.”
“Genre balada ni bukan senng nak nyanyi, apatah lagi dalam lenggok Melayu.”
Tambah Rashidi lagi, semasa persembahan live, sebaiknya, Fazura menyanyi dalam pitching yang betul.
“Dia ada tone yang baik, cuma dia perlu menyanyi dalam pitch.”
Ini penulisan penuh Rashidi.
Tak lama selepas kenyataan itu, Rashidi telah tampil membuat satu permohonan maaf kerana melabel Fazura tone deaf.
Kata Rashidi, sebenarnya Fazura wajar dipuji kerana bukan senang untuk membuat persembahan di pentas yang besar.
Ini kenyataan dari Rashidi Ishak.
Komen dari Rashidi ini mendapat pelbagai reaksi dari warg maya, ada yang setuju dan ada juga yang mengatakan Fazura hanya menyanyi saja, dan bukannya untuk bertanding.
Sebelum ini, Fazura hadir dalam rancangan temubual Sea Today di Jakarta untuk mempromosikan lagu terbarunya berjudul Bertahan Demi Cinta.
Fazura telah mempersembahkan lagu berkenaan secara live di rancangan berkenaan.
Ramai yang memberi komen tentang nyanyian Fazura itu antaranya Sharnaaz dan juga Abby Abadi.