Ranking dan markah minggu ketiga GV11

6,623 views

Berikut merupakan markah minggu ketiga GV11 atau Gegar Vaganza musim ke 11 yang berlangsung malam tadi. 

Dengan tema Ceritera, para peserta membawa lagu yang bercerita tentang kisah tersendiri dalam perjalanan karier mereka dalam bidang seni ini. 

Tempat pertama untuk minggu ini jatuh kepada penyanyi Liza Aziz. Ini kali ketiga Liza mengungguli carta.

Liza yang membawa dua buah lagu, berjaya memukau para juri yang memberikan komen menyatakan persembahan lagu yang dialunkannya amat merdu dan effortless. 

Dengan markah 73 peratus, ianya jauh meninggalkan para peserta yang lain. 

Di kedudukan kedua untuk minggu ketiga ini pula ialah Ning Baizura yang membawa lagu antarabangsa Katty Perry iaitu Firework. 

Inka Christie pula mendapat tempat ketiga, apabila lagu Bintang Kehidupan diberi nafas baru, dengan irama rock. 

Kelainan Inka ini ternyata membuahkan hasil dan menerima markah 63 peratus. 

Ini senarai penuh markah minggu ketiga GV11. 

  1. Liza Aziz: Ain’t Nobody, I Will Survive (73.40%
  1. Ning Baizura: Firework (65.60%
  1. Inka Christie: Bintang Kehidupan (63.20%
  1. Dyrga Dadali: Yellow (62.80%
  1. Sheila Abdull: I Have Nothing (60.70%
  1. The Lima: As Long As You Love Me (60.50%
  1. Arrora Salwa: Setiaku Di Sini (60.10%
  1. Fairuz Selamat: Dia (59.40%
  1. Yazid Lovehunters: Apo Nak Dikato (57.20%
  1. Illa Sabry: Layar Impian (56.40%
  1. Ronnie Hussein: Ku Akui (55.20%
  1. Zehra Zambri: Mungkir Bahagia (53.50%
  1. Reshmonu: Kau Di Hatiku (52.70%
  1. Nai Dinamik: Apa Nak Dikata (40.60%

BOTTOM THREE

Tiga peserta yang berada di kedudukan terbawah ialah Zehra Zambri, Reshmonu dan juga Nai Dinamik. 

Akhirnya malam tadi, diumumkan Nai telah pun tersingkir dengan markah yang amat rendah iaitu 40 peratus saja, 12 mata berbeza dengan peserta kedua terakhir. 

Persembahan Nai malam tadi, juga terganggu apabila terdapat kesilapan teknikal di bahagian muzik, sehingga Tok Ram memintanya berhenti dan menyanyi semula. 

Untuk minggu depan, para peserta akan membawa lagu yang bertemakan Hore Hore. 

Lagu yang dinyanyikan lebih kepada lagu berkaitan pesta, atau lagu rakyat yang dekat di hati para pendengar.