Kediaman atau rumah banglo Rozita Che Wan telah diserbu pihak MARA pada hari Selasa yang lalu dan barangan bernilai hampir RM100,000 disita.
Sitaan ini dilakukan untuk melelong barangan Rozita yang lebih dikenali dengan anama Che Ta, ekoran kegaglan melunaskan hutang pinjaman MARA.
Kata peguam, ini kali kedua pihak MARA datang ke rumah setelah kali pertama hadir pada bulan lalu.
“Pihak MARA serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kali kedua datang ke rumah Rozita.”
“Kali pertama datang pada bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapatkan perintah dari pihak mahkamah untuk datang dan masuk rumah.”
“Nilai anggaran barang rumah disita tidak sampai RM100000, kebanyakan barangan peribadi.”
“Kit tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah.”
“Tarikh lelongan sudah ada.”
Gambar rumah Che Ta, bilik Aaisyah, lihat DI SINI.
MARA FAILKAN MUFLIS TERHADAP CHE TA
Dalam satu kenyataan, pengerusi MARA iaitu Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan, dia sudah arahkan pegawai untuk meneruskan proses pemfailan muflis terhadap pelakon berkenaan.
Tindakan kebankrapan ini akan dihentikan sekiranya Che Ta melunaskan sepenuhnya pinjaman berkenaan yang berlarutan beberapa tahun.
“Saya dah arahkan bahagian undang-undang Mara untuk ambil tindakan muflis terhadap pelakon tersebut sebab sudah beri tempoh secukupnya selama 7 tahun.
“Tak ada siapa boleh halang tindakan Mara ini sebab dah dapat perintah mahkamah.”
“Tiada pilih bulu untuk ambil tindakan seperti ini.”
“MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang, malahan sebelum tindakan dibuat, nilai ihsan juga diutamakan.”
“Ruang sudah diberi kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka.”
“Namun, untuk kes pelakon ini, saya difahamkan dia tak beri kerjasama sepatutnya, malah kes berlarutan lama kerana banyak kali mahkamah ditangguhkan sebab dia buat pertukaran peguam.”
HUTANG CHE TA DARI MARA
Dri laporan, jumlah pinjaman Che Ta dan anak sulungnya iaitu Ammar Effendy berjumlah RM960000.
Ianya dibuat melalui syarikat RCW Worldwide Sdn Bhd.
Syarikat ini didaftarkan pada tahun 2016 yang mana merangkumi pelbagai perniagaan.
Antaranya dalam bentuk minyak wangi, sabun dan barangan mandi, barangan kosmetik, dan juga restaurant.
Umum tahu, antara barangan popular Che Ta ialah perfume miliknya iaitu Precious By RCW dan juga Gorgeous By RCW yang pernah mencetuskn sensasi tak lama dulu.
IMPAK MUFLIS
Melalui kenyataan perunding kewangan terkenal Financial Faiz, akta muflis terhadap Che Ta ini boleh dibuat.
Dan ini berdasarkan akta yang mengatakan pihak yang berhutang lebih dari RM100ribu dan gagal lunaskan atau ada sebarang tindakan dalam 6 bulan berturut, boleh diambil tindakan.
Impaknya, pihak yang muflis tak boleh lagi ke luar negara dan akaun akan dibekukan.
“Akaun beliau boleh dibekukan, dan maybe tak boleh nak ke luar negara sampai hutang ini selesai.”
Itulah sedikit info tentang tindakan yang diambil terhadap hutang Rozita Che Wan atau Che Ta.