Perkahwinan pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim nampaknya kini bagai telur di hujung tanduk.
Linda Hashim, 41 tahun, mengesahkan akan membuat permohonan perceraian ke atas suaminya Beego pada hari ini.
DAH DUA KALI BERCERAI
Katanya, dia dan Beego sudah dua kali bercerai sebelum ini. Pada tahun 2023, mereka telah bercerai sebanyak dua kali.
Ini komen dari Linda.
“Kali pertama kami telah bercerai pada tarikh Mac 2023 dan ketika itulah kes kami ini kecoh, dan kami rujuk semula sebulan kemudian.”
“Sebenarnya, ramai yang tidak tahu, kami telah bercerai kali kedua pada hujung tahun 2023, akan tetapi kami urujuk semula di luar mahkamah.”
Tambahnya, dia tak mahu orang menilai dan mengatakan dia hanya permainkan institusi perkahwinan.
“Malu dengan family dan saya tak mahu orang fikir saya hanya permainkan institusi perkahwinan akan tetapi perkara ini berlaku di atas kehendak Illahi.”
“Saya dah usaha namun inilah takdir saya.”
FAILKAN PENCERAIAN KALI KETIGA
Tentang tindakan untuk failkan penceraian terhadap Beego buat kali ketiga, Linda memberitahu, dia dah fikir dengan teliti sebelum buat keputusan tersebut.
Dia tekad buat sedemikian kerana masalah sama tetap berulang dan sudah berkali-kali memberi peluang kepada Beego akan tetapi tiada hasil.
“Dah berbulan-bulan saya dapatkan nasihat di mahkamah, pejabat agama, polis dan agamawan tentang masalah perkahwinan saya ini.”
“Saya berusaha untuk selamatkan rumah tangga kami.”
“Peluang sudah saya beri kepadanya, dan cuba perbaiki masalah yang sama selama 11 tahun kami bersama. Saya rasa cukup sampai di sini saja.”
Tentang punca atau masalah suaminya, Linda tak mahu mendedahkannya.
“Jikalau saya dedahkan nanti dia sukar nak mencari nafkah untuk anak-anak kami. Kesian kat dia pula nanti.”
“Biar apa yang berlaku antara kami ni, saya simpan dan tutup aib Beego dengan sebaik-baiknya.”
DAH TAK TINGGAL SEBUMBUNG
Linda Hashim juga akui dia dan suaminya itu sudah tidak lagi tinggal bersama.
Tetapi dia masih lagi bertemu dengan Beego atas urusan anak-anak mereka.
Selain itu Beego juga ada cuba memujuknya agar tidak bercerai.
“Dia tahu apa yang berlaku merupakan kesalahan dari dia. Beego ada pujuk dan minta maaf tapi saya tidak tahu dia ikhlas atau pun tak.”
“Pujuk tapi dia masih lagu buat perkara yang sama.”
“Saya bukannya ego atau berlagak untuk sambuat kemaafannya itu cuma ianya akan beri kesan kepada saya dan anak-anak.”
SEBUTAN KES DI MAHKAMAH
Peguam kepada Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin mengesahkan pelakon itu memfailkan penceraian atas alasan sudah tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.
Kes tersebut disebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis bersamaan 6 Februari 2025.
Untuk info, Linda Hashim dan Beego, 45 tahun, telah berkahwin pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang anak.