Komen Aishah Sinclair melihat persembahan Bunga

7,911 views

Sejak kehilangan abang tersayang Aishah Sinclair iaitu adik kepada arwah Ashraf Sinclair serta seluruh keluarganya dilihat amat megambil berat tentang keadaan balu Ashraf iaitu Bunga Citra Lestari serta anaknya, Noah.

Aishah dan keluarga telah pulang ke tanah air setelah beberapa hari berada di negara jiran kerana pemergian Ashraf Sinclair.

Apabila tiba di tanah air, ini komen Aishah tentang keadaan terkini kakak iparnya itu. “Bunga sekarang dalam keadaan yang baik. Setiap hari, keadaan Bunga jadi lebih kuat. Bunga juga selalu memberitahu Noah keadaan yang berlaku utk pastikan Noah tahun dan mengerti tentang pemergian ayahnya”

Semalam telah berlangsungnya kemunculan pertama kakak iparnya itu selepas 10 hari kemangkatan suami tercinta telah membuatkan Aishah turut memberi komen terhadap balu Ashraf Sinclair itu.

Aishah Sinclair telah memberi respon melihat Bunga telah kembali bekerja dan menyifatkan bahawa kakak iparnya itu merupakan seorang yang sangat tabah dalam melalui liku kehidupan tanpa suami tercinta disisi.

Dia juga menyatakan rasa bangga dengan melihat sifat professional yang ditunjukan oleh Bunga Citra Lestari demi melaksanakan komitmen yang telah diaturkan meskipun masih bersedih dengan apa yang berlaku.

Luahan daripada Aishah Sinclair terhadap Bunga: “Tak ada sebarang kata-kata yg dpt beri gambaran betapa bangganya saya mempunyai kakak ipar seperti kamu, Bunga. Disebalik duka serta ujian yg datang, Bunga masih lagi kuat untuk meneruskan apa yg dah pun dipersetujui lebih awal

“Orang selalu kata bahawa hidup ini mesti kena teruskan juga. Kamu mesti kembali untuk bekerja termasuk melakukan rutin harian kamu. Akan tetapi, sebenarnya itulah yang sukar dibuat, Bunga dapat lakukan, semuanya secara perlahan-lahan.

Ini merupakan satu langkah besar. Insyaallah, dengan izinnya, kamu akan okay dan renung kembali saat ini dan akan tersenyum. Saya sayang kamu

Semalam, Bunga telah melangsungkan dan buat persembahan pertamanya di SQ Dome, Cilandak, Jakarta Selatan, malam semalam dan dilihat telah mengalirkan air mata kerana masih bersedih dengan pemergian Ashraf Sinclair. Dia juga telah mengenakan pakaian serba hitam pada malam tadi.

Sebagai rekod, Ashraf Sinclair, pelakon dan juga suami kepada BCL telah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Febuari 2020 di Jakarta.

Hasil perkongsian perkahwinan selama 11 tahun bersama, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Noah yang kini telah berusia 10 tahun. Semoga BCL terus tabah dalam megharungi dugaan yang hebat ini.