15 foto: Sekitar majlis pernikahan Ayda Jebat

12,939 views

Selebriti terkenal tanah air Ayda Jebat telah menamatkan zaman bujangny apada hari ini, 1 Januari 2021. Ayda jebat sah bergelar isteri kepada Nabil Mahir setelah diijabkabulkan dengan sekali lafaz sekitar jam 3 setengah petang tadi.

Majlis pernikahan berlangsung di masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang dihadiri ahli keluarga dan teman rapat saja.

Kedua mempelai memakai busana berwarna putih ketika majlis nikah ini. Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan sebanyak tujuh dulang hantaran dan dibalas sebanyak sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Mas kahwin pula merupakan seutas gelang emas manakala wang hantaran telah dirahsiakan atas permintaan family mereka.

Selepas bergelar isteri, Ayda berkata dia amat bersyukur semua berjalan dengan lancar mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Syukur alhamdulillah, walau ikut norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan baik dan lancar seperti yang telah kami rancang”.

“Walau ada wabak, yang memang dah banyak membataskan pelbagai perkara, kami pilih untuk buat yang wajib dulu. Thanks kepada semua yang doakan kami”.

Bergelar isteri, mereka berdua dah sedia untuk pikul segala tanggungjawab baru dan ini termasuk dah sedia untuk menerima kehadiran cahaya mata.

“Ini kehidupan baru setelah kami selamat bergelar suami isteri yang sah. Saya dan Nabil akui akan ada banyak cabaran yang bakal kami tempuhi kelak”.

“Secara jujur kami dah sedia dan memang impikan saat ini. Kami turut dah sedia untuk timang zuriat secepat mungkin, dengan izin Allah”.

Jom tengok beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Ayda jebat dan juga Nabil Mahir.

Gambar ini diambil oleh jurukamera profesional iaitu project 2 pai dan juga CST production, sebab tu memang cantik.

Pasangan ini telah bertunang pada bulan April tahun 2020, yang menajdi viral kerana ketika itu dibuat seacra online di saat perintah kawalan, PKP.

Tahniah diucapkan buat kedua pasangan ini, sama cantik dan sama padan Ayda jebat dan Nabil Mahir.