A Aida menang saman ke atas Amelia Henderson, kena bayar RM213 ribu

2,874 views

Pada hari ini, Mahkamah Sesyen Sivil telah memberikan keputusan berkenaan kes antara penerbit, Datuk A Aida dan juga pelakon Amelia Henderson. 

Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan saman dari pihak A Aida Production ke atas Amelia Henderson telah dibenarkan. Ini beerti bahawa syarikat milik Dato A Aida ini telah menang kes menyaman Amelia Henderson. 

Dengan keputusan itu, Amelia Henderson, 28 tahun, telah diarahkan untuk membayar sejumlah RM200 ribu kepada pihak A Aida Production. 

Selain dari itu, Amelia Henderson juga diminta untuk meminta maaf kepada syarikat berkenaan selain delete semula video yang pernah dimuatnaik terhadap A Aida Production. 

Tentang keputusan berkenaan, pihak mahkamah mendapati, Amelia Henderson dilihat dengan jelas telah melanggar kontrak dengan syarikat A Aida itu. 

Dari kenyataan kes, akibat perbuatan Amelia yang menarik diri serta tak hadir untuk jalani penggambaran, syarikat berkenaan terpaksa menanggung kerugian. 

Ini kerana Amelia Henderson telah menarik diri di saat yang akhir, dan segala persediaan untuk jalani penggambaran sudah pun di lakukan. 

Amelia Henderson dalam kenyataan sebelum ini berkata, dia menarik diri kerana watak yang diterima berlainan dengan apa yang diberitahu ketika dia tanda tangan kontrak.  

Selain Amelia, seorang lagi pelakon iaitu Idris Khan juga menarik diri saat akhir dan turut berdepan dengan saman dari Dato A Aida. 

Namun begitu, Dato A Aida buat keputusan untuk tidak jadi untuk saman pelakon berkenaan setelah Idris Khan dan dirinya bersetuju untuk berbincang dan selesaikan di luar mahkamah. 

Oleh itu Datuk A Aida hanya meneruskan menyaman Amelia Henderson saja. 

Itulah keputusan kes saman antara syarikat A Aida Production terhadap pelakon terkenal Amelia Henderson yang baru saja diumumkan pihak mahkamah pagi tadi.