“Ini pembedahan ke 10” Naz, hos Jalan Jalan Cari Makan susut 14kg hidap tumor perut

1,704 views

Terkenal sebagai pengacara rancangan TV3 iaitu Jalan Jalan Cari Makan, Naz Rahman akui sudah hilang berat badan sebanyak 14 kilogram. 

Ini selepas beliau jalani rawatan untuk membuang tumor di dalam perutnya. 

Tumor yang dihidapi oleh pengacara berumur 44 tahun ini ialah gastro intestinal stromal tumor atau lebih dikenali dengan Gist. 

Katanya, dia mula di diagnose dengan tumor berkenaan pada tahun 2014 lagi. 

Naz Rahman sudah jalani rawatan dengan melakukan pembedahan sebanyak 10 kali di bahagian perutnya. 

Ekoran itu, perutnya kini sudah kurang 15 peratus berbanding biasa. Ini komennya seperti yang dilaporkan portal Gempak.

“Saya ada tumor di dalam perut, dah lebih empat tahun keadaan begitu juga. Ramai yang bertanya mengapa kini saya kelihatan amat kurus, sampai ada bertanya kau ni hisap barang ke. Tetapi sebenarnya sebab dari dulu sampai sekarang perut saya ni dah kurang 15 peratus.”  

“Dan apabila bulan puasa tiba, berat badan saya akan menjadi semakin susut. Ini memang membuatkan pihak produksi pun selalu tanya adakah saya sakit? Yes memang betul pun saya ni sakit, tetapi dengan izin dari Illahi, saya masih boleh bekerja.” 

Tentang tumornya itu, Naz berkata ianya telahpun dikeluarkan setelah jalani beberapa pembedahan. 

“Syukur alhamdulillah, tumor berkenaan sudah berjaya dikeluarkan dan kini saya kena jalani check up setiap tahun.”  

“Apabila doktor maklumkan bahawa keadaan saya bebas dari tumor, saya bersyukur dapat kembali bekerja.” 

Naz Rahman memang kini kelihatan lebih kurus berbanding dulu, malah lebih kurus ketika berkahwin dulu. 

“Jujurlah saya cakap saya hilang 14 kilogram dan sekarang bahu pun dah jatuh. Semuanya menyusut malah saya tak boleh nak menambah berat badan.” 

“Saya nak beritahu kepada para peminat yang bertanya mengapa saya sekarang kurus, maaf saya tak suka cerita tentang penyakit ini tetapi saya ni tetap ceria.” 

“Sekarang saya boleh saja makan macam biasa, tetapi bila berbuka makan sikit sajalah.” 

Naz berkata dia kena menjadi lebih kuat untuk keluarganya. 

“Ini pembedahan saya kali ke 10. Pelbagai dugaan dalam hidup ini, tetapi kena lihat macam mana reaksi kita kepada ujian, itu yang paling penting.”  

“Saya ada pilihan untuk bersedih dan jadi down, memang patut pun, namun demi isteri dan anak-anak saya tidak mahu macam tu.” 

“Kini dah boleh bekerja, saya masih ada nyawa, dapat lagi rasa nikmat hidup ini dan saya masih mahu melihat anak-anak membesar. Jadi saya ambil keputusan untuk terus positif.” 

Naz Rahman sudah berkahwin dengan wanita pilihan hati bernama Sheahnee Iman Lee dan mempunyai tiga cahaya mata.